Berumur 18 Tahun & Ke Atas: Ini Cara Mohon RM5,000 Melalui Skim Hijrah Mikrokredit Kerajaan Negeri 2024

Bantuan dan skim dalam bentuk kewangan amat penting untuk golongan yang layak menerimanya. Selain mereka yang berpendapatan rendah. Terdapat juga golongan usahawan dan bakal usahawan yang memerlukan kewangan tambahan untuk melancarkan lagi perniagaan mereka.

Terdapat ramai usahawan di Malaysia yang memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Perniagaan mereka memerlukan suntikan modal untuk terus berkembang.

Suntikan modal ini amat penting kerana ia akan memberi semangat untuk usahawan dan bakal usahawan menjalankan perniagaan dengan lebih baik dan teratur.

Oleh itu, terdapat berita penting untuk usahawan dan bakal usahawan di luar sana. Berikut merupakan maklumat lanjut mengenai skim tersebut:

Skim Hijrah Mikrokredit Bermula RM5,000

Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan pinjaman mikrokredit kepada usahawan dan bakal usahawan di Selangor. Pinjaman ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban kewangan mereka.

Usahawan bermaksud mereka yang sudah memulakan perniagaan tetapi memerlukan dana tambahan untuk mengembangkan operasi mereka.

Manakala bakal usahawam bermakna mereka yang belum memulakan perniagaan tetapi mempunyai rancangan untuk berbuat demikian dalam masa terdekat dan memerlukan modal permulaan.

Jumlah Yang Akan Diterima

Pinjaman mikrokredit bermula daripada
RM5,000 kepada RM100,000 kepada usahawan dan bakal usahawan di Selangor.

Kriteria-Kriteria atau Syarat-Syarat Kelayakan

Skim Hijrah Mikrokredit ini juga mempunyai kriteria serta syarat kelayakan agar golongan sasar yang sepatutnya mendapat suntikan modal kewangan ini. Kriteria-kriteria ini mestilah dipenuhi agar wang yang diterima dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya.

Berikut merupakan kriteria-kriteria bagi melayakkan anda menerima skim ini:

1) Warganegara Malaysia yang bermastautin di Selangor dan mengundi di dalam negeri Selangor

Advertisement

2) Berumur 18 tahun ke atas

3) Berdaftar dengan SSM atau mempunyai lesen PBT atau geran tanah atau kad nelayan atau permit perniagaan atau pengesahan daripada mana-mana agensi berkaitan

4) Tidak mempunyai rekod yang tidak baik di bawah mana-mana agensi kewangan

5)Terlibat secara langsung dalam perniagaan

6) Meminjam mengikut keperluan dan kemampuan bayar balik

7) Membuat pinjaman di bawah Skim Hijrah sahaja dalam satu-satu masa

8) Had maksimum pinjaman ialah RM50,000 dalam satu isi rumah

9) Satu pinjaman di bawah Skim Hijrah dalam satu-satu perniagaan perkongsian

Advertisement

Cara Memohon

Cara memohon ini adalah berdasarkan apa yang tertera di laman web mikro kredit Selangor. Ikuti langkah-langkah berikut:

Untuk yang pertama kali memohon, anda perlu mendaftar akaun seperti di bawah:

1) Pergi ke pautan ini: https://mikrokredit.selangor.gov.my/register

2) Isi nama penuh anda

3) Isi nombor kad pengenalan anda (masukkan tanpa “-“)

4) Isi nombor telefon anda (masukkan tanpa “-“)

5) Isi email anda

6) Masukkan password pilihan anda

7) Masukkan semula password atau confirm password

8) Tanda kotak I Agree & Terms and Condition

9) Tekan butang submit

Setelah mendaftar anda boleh teruskan dengan permohonan.

Bantuan-Bantuan Lain Untuk Usahawan Di Selangor

Kerajaan Negeri Selangor sangat prihatin kepada nasib dan keperluan para usahawan dan bakal usahawan. Ini kerana mereka merupakan tulang belakang kepada ekonomi negeri. Beberapa program bantuan telah dirangka bagi memberi sokongan dan galakan kepada mereka, antaranya:.

1) Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan Negeri

Ini merupakan pemberian bantuan berbentuk mesin dan peralatan kepada usahawan kecil bernilai sehingga RM10,000.00

2) Dana Usahawan Mikro Selangor

Ini merupakan pemberian bantuan perniagaan berbentuk peralatan bernilai sehingga RM30,000.00

3) Program Bantuan Peralatan Usahawan India Selangor (ISEED)

Ini merupakan pemberian bantuan berbentuk mesin dan peralatan kepada usahawan kecil masyarakat India bernilai sehingga RM10,000.00

Belanjawan Negeri Selangor 2024 Berjumlah Lebih RM2 bilion

Sebelum ini Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, telah membentangkan Belanjawan 2024 berjumlah RM2.53 bilion merangkumi RM1.33 bilion atau 52.6 peratus perbelanjaan mengurus dan RM1.2 bilion atau 47.4 peratus perbelanjaan pembangunan.

Beliau ketika membentangkan belanjawan itu di Dewan Negeri Selangor berkata, dengan mengambil kira jangkaan hasil negeri yang berjumlah RM2.2 bilion dan anggaran perbelanjaan berjumlah RM2.53 bilion, Belanjawan 2024 akan mengalami defisit berjumlah RM330 juta.

Oleh itu, langkah-langkah pengurusan kewangan yang berhemah dan perbelanjaan yang strategik perlu diutamakan.

Advertisement
Advertisement