Bantuan Elaun Wang Saku RM2,500 Setahun. Ini Syarat Kelayakan & Kategori Penerima
Bantuan kewangan merupakan insentif yang amat penting untuk mereka yang memerlukan. Seperti yang kita tahu, bantuan seperti ini boleh digunakan sebagai wang saku untuk perbelanjaan harian.
Untuk sesetengah kategori penerima, terdapat bantuan-bantuan kewangan yang mungkin ramai terlepas pandang yang disediakan oleh pihak kerajaan. Salah satu bantuan tersebut ialah Bantuan Kewangan Asasi yang mempunyai Elaun Wang Saku di dalam oakej bantuan tersebut.
Berikut merupakan maklumat penub mengenai Bantuan Elaun Wang Saku tersebut:
Jumlah Bantuan Yang Disediakan
Pelajar akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM 3,920 setahun/sepanjang tempoh pengajian. Pecahan kepada bantuan kewangan sebanyak RM3,920.00 adalah seperti berikut:
(i) Elaun Wang Saku : RM 2,500.00 setahun
(ii) Yuran Pengajian dan Yuran Penginapan : RM1,420.00 setahun
(iii) Tambang penerbangan sekali (pergi dan balik untuk pelajar Sabah, Sarawak dan Labuan atau sebaliknya).
Syarat-Syarat Kelayakan/Kategori Penerima
Berikut merupakan syarat-syarat dan kriteria untuk memohon Bantuan Kewangan Asasi yang disediakan:
- Pemohon adalah warganegara Malaysia;
- Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk pelajar yang mengikuti program bertaraf asasi di Universiti Awam dengan pendapatan keluarga dari kelompok B40 dan M40;
- Pelajar yang telah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya; dan
- Kursus pengajian telah diperakui dan diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Syarat-syarat kelayakan ini mesti dipenuhi sebelum membuat sebarang permohonan.
Maklumat Penting
Pelajar perlu membayar balik jumlah perbelanjaan sebenar yang telah ditaja oleh KPM kepada pelajar sekiranya pelajar gagal menamatkan pengajian dengan jayanya.
Cara Semakan Tawaran Program
Semakan dan tawaran program boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Portal Rasmi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, KPM.
Boleh ke pautan berikut untuk semakan: https://biasiswa.mohe.gov.my/bantuanasasi/index2.php
Dokumen-Dokumen Yang Diperlukan
Setiap permohonan memerlukan dokumen yang perlu disertakan. Pemohon hendaklah menyemak dan mencetak sendiri dokumen tawaran seperti berikut:
- Surat tawaran;
- Borang perjanjian (3 salinan, borang kosong boleh difotokopi);
- Borang penyata kewangan penjamin;
- Panduan mengisi borang perjanjian;
Dokumen perjanjian yang telah lengkap hendaklah diserahkan semasa hari pendaftaran; dan
Tuntutan bayaran pelajar asasi sedia ada akan dibuat melalui pihak pentadbir UA masing-masing pada setiap semester.
Cara Hantar Permohonan
Pemohonan perlu dihantar melalui Pejabat Pendaftar UA masing-masing dan tidak boleh dikemukakan terus kepada pihak KPM.