Cara memohon bantuan bil air percuma untuk yang berpendapatan RM4,000 & ke bawah

Air merupakan antara keperluaan asas kehidupan paling utama untuk setiap manusia. Sehingga tahun 2021, berdasarkan statistik Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), rakyat Malaysia menggunakan purata 201 liter air setiap orang sehari bersamaan dengan 134 botol (kapasiti 1.5 liter setiap satu).

Sedar dengan perkara itu, pihak kerajaan negeri Selangor telah memperkenalkan sebuah program bantuan yang dikenali sebagai Skim Air Darul Ehsan (SADE).

SADE pada asasnya adalah sebuah program penjajaran semula pemberian air percuma kepada kumpulan sasar penduduk Negeri Selangor. Kepada mereka yang layak, mereka boleh menikmati 20 meter padu bekalan air percuma melalui skim bantuan ini.

Berikut adalah penjelasan lanjut mengenainya: –

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor;
  • Pendapatan bulanan isi rumah RM4,OOO dan ke bawah (bagi yang telah berkahwin, ini termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara; atau bagi yang tiada pasangan/bujang);
  • Premis kediaman mempunyai meter individu;
  • Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun atau premis sahaja.

Dimaklumkan juga bahawa, pengguna akaun meter pukal dalam kategori pangsapuri kos rendah akan terus menerima 20 meter padu air percuma di bawah Skim Air Darul Ehsan secara automatik sehingga 31 Disember 2024 mengikut kaedah sedia ada yang melibatkan JMB/MC serta Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS).

Advertisement
Advertisement

Syarat Kelayakan Pendapatan

Mereka yang layak adalah apabila pendapatan bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah (suami dan isteri termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara, tiada pasangan atau bujang).

Sekiranya pendapatan isi rumah lebih dari daripada RM4,000 kerana termasuk pendapatan anak yang tinggal serumah, permohonan hanya akan mengambil kira pendapatan suami dan isteri sahaja dan jika pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM4,000, mereka masih layak menikmati SADE.

Cara Memohon

Kepada yang menepaati kelayakan, permohonan SADE boleh dikemukakan secara atas talian di Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR) – DI SINI.

Selain itu, pemohon juga boleh mengisi borang permohonan SADE (muat turun – DI SINI) dan boleh dihantar melalui e-mel ke iprair@airselangor.com atau mana-mana Kaunter Perkhidmatan Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.

Bagi maklumat lengkap berkaitan dengan SADE, sila baca – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published.