STR Fasa 4 dikreditkan bulan depan (November 2024): Jumlah bayaran & senarai penerima

Pada ketika ini, pihak Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif dan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diberikan dalam pelbagai bentuk sama ada secara tunai, e-Dompet, geran, pembiayaan dan sebagainya.

Bantuan-bantuan ini juga diberikan khusus kepada golongan yang memerlukan, khususnya berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40). Antara bantuan itu adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan ini merupakan maklumat lanjut tentangnya: –

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Secara asasnya, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sebuah progra bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kenaikan kos sara hidup.

Dengan penyasaran semula subsidi, ia juga telah membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2024 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.

Untuk tahun 2024, kelayakan STR ditetapkan seperti di bawah:

  • Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah

Bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta. Mereka hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak atau tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

Kadar Pembayaran STR Fasa 4

Bagi pembayaran STR, ia akan dibuat secara empat fasa pada bulan Januari, April, Ogos dan November 2024. Oleh itu, pembayaran bagi Fasa 1 hingga Fasa 3 telah pun selesai diberikan kepada semua penerima yang layak.

Manakala, pembayaran STR Fasa 4 akan dibuat pada bulan depan iaitu November 2024. Jumlah pembayaran STR Fasa pula adalah seperti berikut:

  • Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
    • Bilangan anak 0: RM200
    • Bilangan anak 1 – 2: RM350
    • Bilangan anak 3 – 4: RM500
    • Bilangan anak 5 & ke atas: RM700
  • Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 0: RM150
    • Bilangan anak 1 – 2: RM200
    • Bilangan anak 3 – 4: RM250
    • Bilangan anak 5 & ke atas: RM350
  • Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)
    • STR Fasa 4: RM100
  • Bujang 21 – 59 tahun
    • STR Fasa 4: RM150

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Pembayaran STR

Bagi pembayaran STR, ia akan dibuat dengan dua kaedah utama iaitu:

  • Kredit terus ke akaun bank seperti mana maklumat ketika permohonan atau kemaskini maklumat STR 2024;
  • Secara pengambilan tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.

Untuk semakan kelulusan STR pula, ia boleh dibuat dengan beberapa kaedah iaitu hubungi Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau hadir ke Pejabat HASiL yang berhampiran.

Untuk lebih mudah, semakan boleh dibuat secara dalam talian di Portal Rasmi STR melalui MySTR:

  • Klik log masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Semakan Status
  • Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

Bagi maklumat yang lebih teliti tentang Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024, sila teliti di Portal Rasminya – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *