Bayaran ‘one-off’ RM8,000 layak untuk setiap rakyat B40: Cara semak & menuntut bantuan ini

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan. Ia diperkenalkan bagi meringankan beban rakyat terutamanya mereka yang berpendapatan rendah atau B40.

Berikut adalah maklumat lebih teliti berkenaan program yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan ini: –

Skim mySalam

Salah satu program yang telah diperkenalkan  adalah Skim mySalam. Ia merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam.

Skim ini pada awalnya dirangka untuk beroperasi selama 5 tahun – bermula dari tahun 2019 sehingga tahun 2023. Akan tetapi, disebabkan maklum balas rakyat Malaysia yang memberansangkan terhadap skim mySalam, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan skim ini sehingga tahun 2025.

Manfaat-manfaat mySalam

Terdapat dua manfaat utama di bawah mySalam iaitu Manfaat Hospitalisasi dan Manfaat Penyakit Kritikal. Bagi Manfaat Hospitalisasi – jika penerima mySalam dimasukkan ke wad hospital kerajaan, hospital universiti, dan hospital angkatan tentera, mereka layak untuk menuntut pendapatan gantian sebanyak RM50 sehari, terhad kepada 14 hari atau RM700 setahun.

Manakala, bagi Manfaat Penyakit Kritikal pula – sekiranya penerima mySalam disahkan mengidap salah satu daripada 45 jenis penyakit kritikal yang tersenarai di mySalam, mereka boleh menuntut manfaat bernilai RM8,000 dari mySalam yang akan dibayar sepenuhnya ke akaun ahli mySalam sekali seumur hidup.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur antara 18 hingga 65 tahun;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024:
    • Kategori Berkahwin – Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan.
    • Kategori Bujang – Individu bujang yang berumur 21 hingga 65 tahun.
    • Kategori OKU – Individu yang berumur 18 hingga 65 tahun.

Cara semak dan buat tuntutan

Untuk para penerima STR dalam kategori B40, semakan mySalam boleh dibuat secara dalam talian (online) di Portal Rasmi mySalam dengan memasukkan nombor Kad Pengenakan (MyKad) di ruang yang disediakan.

Advertisement
Advertisement

Bagi yang layak, tuntutan mySalam boleh dibuat dengan tatacara berikut:

Tuntutan Hospitalisasi

  • Langkah 1: Layari Portal mySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan).
  • Langkah 2: Klik ikon Tuntutan, kemudian ikon Penghantaran Tuntutan. Skrol ke bawah laman dan klik ikon Tuntutan Hospitalisasi.
  • Langkah 3: Masukkan maklumat yang diperlukan, klik butang Muat naik untuk memuat naik dokumen* yang berkenaan. Seterusnya klik butang Lampirkan.
    • Salinan Kad Pengenalan – (depan dan belakang)
    • Salinan Nota Discaj
  • Langkah 4: Klik butang Hantar untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Tuntutan Penyakit Kritikal

  • Langkah 1: Layari Portal mySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan).
  • Langkah 2: Klik Muat turun Borang dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal.
  • Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’.
  • Langkah 4: Log masuk ke Portal mySalam dan klik ikon Tuntutan, kemudian ikon Penghantaran Tuntutan. Skrol ke bawah laman dan klik ikon Tuntutan Penyakit Kritikal.
  • Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan, klik butang Muat naik untuk memuat naik dokumen* yang berkenaan. Seterusnya klik butang Lampirkan.
    • Salinan Kad Pengenalan – (depan dan belakang)
    • Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
  • Langkah 6: Klik butang Hantar untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

Anggaran masa untuk memproses kedua-dua tuntutan Hospitalisasi dan Penyakit Kritikal adalah selama 10 hari bekerja setelah menerima dokumen tuntutan yang lengkap. Jika dokumen atau maklumat yang diterima tidak lengkap, proses semakan akan mengambil masa lebih lama atau sehingga dokumen yang diperlukan telah lengkap.

Maklumat lebih teliti berkenaannya boleh dirujuk di portal rasminya – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *