Bantuan Tunai Ini Dinaikkan Dari RM500 ke RM600 Setahun. Ini Senarai Penerima & Syarat Kelayakan

Bagi sesetengah keluarga di Malaysia, amat penting untuk mereka mempunyai sedikit wang tambahan setiap tahun. Ini kerana perbelanjaan mereka terdapat penambahan sekiranya mempunyai anak yang bersekolah.

Memahami realiti ini, pihak kerajaan negeri ada menyediakan inisiatif khas agar anak-anak ini dapat memenuhi keperluan mereka untuk berbelanja. Salah satu bantuan yang disediakan adalah seperti di bawah:

Dinaikkan RM500 Setahun Kepada RM600 Setahun

Sertai Channel Telegram: https://t.me/jawatankerja

Bermula tahun 2012, Yayasan Pahang telah menetapkan kadar baharu Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah). Ia telah dinaikkan daripada RM500 setahun kepada RM600 setahun bagi murid Tingkatan 1 hingga 5.

Bagi murid Tingkatan 6 kadar Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) adalah kekal RM600 setahun.

Tarikh Bayaran Dibuat

Bayaran Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) akandibuat dua kali setahun pada setiap bulan Februari dan Ogos pada tahun semasa.

Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah)

Mari baca penerangan mengenai bantuan ini. Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah), sebelumnya dikenali sebagai Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) telah diperkenalkan sejak tahun 1983.

Biasiswa ini diberikan kepada murid anak Pahang yang belajar di Tingkatan 1 hingga 6 yang bersekolah di sekolah bantuan kerajaan di negeri Pahang.

Sebagai penambahbaikan tahun 2022, Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) telah diberi penjenamaan baharu dan akan dikenali sebagai Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah)

Senarai Penerima Bantuan

Senarai penerima ini penting kerana ia membantu memastikan hanya murid yang layak menerima bantuan tersebut diberi keutamaan.

Berikut merupakan senarai penerima yang layak:

1) anak Pahang yang mempunyai ramai adik beradik/tanggungan anak yang masih bersekolah,
2) anak yatim atau
3) berasal daripada keluarga miskin atau 4) ibu bapa/penjaga yang uzur
5) cacat
6) Orang Kelainan Upaya (OKU) atau
7) ibu tunggal atau
8) peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).

Advertisement
Advertisement

Syarat Kelayakan Pemohon

Berikut merupakan kriteria kelayakan Biasiswa Pahang (Seklah Menengah) adalah seperti berikut:

  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia.
  2. Ibu atau bapa atau penjaga warganegara Malaysia.
  3. Pemohon atau ibu atau bapa atau penjaga lahir di Negeri Pahang Darul Makmur.
  4. Jika pemohon atau ibu atau bapa atau penjaga lahir di luar negeri Pahang, mestilah bermastautin di negeri Pahang lebih dari 10 tahun.
  5. Mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa atau penjaga tanpa menerima sebarang bantuan kewangan lain.
  6. Pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau Peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) diberi keutamaan.
  7. Pemohon mestilah sedang belajar di tingkatan 1, 4 dan 6 Rendah tahun semasa di Sekolah Menengah Kebangsaan / Sekolah Berasrama Penuh / Kolej Vokasional / Sekolah Teknik / Sekolah Menengah Agama Kebangsaan/ Sekolah Menengah Agama Negeri / Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dalam Negeri Pahang Darul Makmur (Diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Pahang).
  8. Pendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap) tertakluk kepada pemilihan semasa tahun tersebut.
  9. Murid yang pernah digantung / dibuang boleh dipertimbangkan permohonan semula pada tingkatan 4 jika berkelakuan baik.

Cara Memohon Bantuan

Permohonan hanya boleh dibuat melalui sekolah dan pejabat ADUN pada tahun semasa.

Jika anda mahu memohon melalui pejabatw ADUN. Senarai alamat dan nombor telefon boleh dilihat di pautan berikut: https://www.pahang.gov.my/index.php/pages/view/666

Advertisement
Advertisement