Permohonan Bantuan IKPP 2024: Sumbangan RM250 diberikan secara sekaligus (one-off)
Pada setiap tahun, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui Negeri atau Persekutuan untuk membantu mereka yang berkelayakan. Bantuan-bantuan ini diberikan sebagai usaha meringankan beban mereka yang memerlukan atau sebagai penghargaan untuk perkara-perkara tertentu.
Salah satunya bantuan yang masih dibuka pada tahun 2024 ini adalah Bantuan IKPP. Ini adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini: –
Bantuan IKPP 2024
Insentif Khas Pasangan Pengantin atau IKPP adalah sebuah bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Pahang kepada pasangan pengantin baru di negeri berkenaan. Pihak Kerajaan Negeri Pahang juga telah menaikkan kadar bantuan IKPP kepada RM250 berbanding RM200 sebelumnya.
Bantuan ini disalurkan secara sekaligus atau ‘one-off’ kepada mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan diluluskan permohonan mereka.
Syarat-syarat Kelayakan
- Terbuka untuk anak-anak Pahang sahaja yang layak menerima insentif ini;
- Sama ada pengantin lelaki atau perempuan mestilah anak kelahiran Negeri Pahang;
- Pasangan pengantin yang mana pengantin lelaki sahaja berpendapatan RM5000.00 dan ke bawah layak menerima insentif;
- Bagi perkahwinan di luar negeri Pahang, pengantin lelaki mestilah anak kelahiran Pahang.(Kebenaran Luar Negeri (KBLN));
- Perkahwinan ini mestilah didaftarkan di Negeri Pahang dengan Kebenaran Pejabat Agama Islam Daerah;
- Perkahwinan anak Pahang yang didaftarkan di luar negeri Pahang,pengantin perlu membuat permohonan dan pengesahan di Pejabat Agama Islam (dimana tempat permohonan);
- Bagi pemastautin di negeri Pahang sekurang-kurangnya 10 tahun atau lebih, perlu mendapatkan pengesahan dari Penghulu/ADUN Kawasan/pengurus FELDA/Imam Qaryah atau Penyelaras;
- Duda atau Janda atau salah seorang yang mana pasangannya adalah anak negeri Pahang dan berkelayakan, perkahwinan kali pertama dengan pasangan yang lain, layak untuk menerima insentif.
Cara Memohon IKPP
Untuk yang menepati syarat-syarat yang ditetapkan, permohonan bantuan ini hendaklah dibuat dengan mengisi borang permohonan secara lengkap dan dilampirkan bersama dokumen-dokumen berikut:
- 2 Salinan Kad Pengenalan pemohon (depan dan belakang);
- 1 Salinan catatan akad nikah pemohon;
- 2 Salinan penyata akaun bank pemohon.
Borang yang lengkap dan dokumen-dokumen itu seterusnta perlu dihantar ke Pejabat Agama Islam Daerah di mana Permohonan Kebenaran atau Pendaftaran Perkahwinan dikemukakan.
Maklumat terperinci tentang IKPP dan borang permohonan boleh dirujuk di Portal e-Munakahat Jabatan Agama Islam Pahang – DI SINI.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Selain itu, Kerajaan Negeri Pahang juga memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif di bawah program Pahang Makmur iaitu Permata Makmur, Tunas Makmur, Pahang Makmur Orang Asli, Atlet Makmur, Kasih Makmur, dan Aspirasi Makmur.
Permata Makmur (Pahang Pride Kid) adalah sebuah insentif pemberian wang sebanyak RM300 kepada 25,000 bayi baru lahir pada tahun 2024 di negeri berkenaan dengan setiap kelahiran akan menerima barangan bayi bernilai RM50 dan Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bernilai RM250.
Kerajaan Negeri juga bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan program Tunas Makmur (Pahang Pride Student) pada tahun 2024. Malah, Kerajaan Negeri dengan kerjasama MBS Bookstore akan memperluaskan penerima Kad Diskaun 20 peratus kepada ibu bapa yang mempunyai anak di tadika atau taska dan semua guru yang mengajar di semua tadika atau taska, sekolah rendah dan sekolah menengah
Dalam masa sama, Kerajaan Negeri meneruskan insentif Atlet Makmur (Pahang Pride Athlete) sebagai penghargaan kepada setiap atlet yang telah mengharumkan negeri Pahang. Oleh itu, sumbangan secara one-off sebanyak RM300 akan diberikan kepada 1,000 orang atlet yang layak dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM300,000.
Pelaksanaan kad kesihatan kepada warga emas dan orang kurang upaya (OKU) turut diteruskan selain saguhati kepada anak Pahang yang mengharumkan nama negara dan negeri.
“Menerusi inisiatif Kasih Makmur (Pahang Pride Kasih), Kerajaan Negeri akan meneruskan pelaksanaan kad kesihatan kepada seramai 31,600 orang warga emas dan orang kurang upaya (OKU) yang berkelayakan dan bersesuaian meliputi seramai 21,000 orang penerima bantuan daripada JKM dan seramai 250 orang dari setiap 42 kawasan Dewan Negeri melibatkan peruntukan sebanyak RM16.8 juta,” petikan pembentangan Belanjawan 2024 Pahang oleh Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.