Bujang Tak Dapat STR? Ini Maklumat Jumlah Bayaran STR 2026 Untuk Setiap Kategori

Golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) merupakan antara kumpulan terbesar dalam masyarakat Malaysia yang memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negara. Namun, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kedua-dua kumpulan ini semakin berdepan pelbagai cabaran yang menjejaskan kualiti hidup dan kestabilan kewangan mereka. Kenaikan kos sara hidup, ketidaktentuan ekonomi global, serta tekanan harga barangan dan perkhidmatan asas menjadi antara faktor utama yang memburukkan keadaan.

Bagi golongan B40, pendapatan yang terhad sering kali tidak seiring dengan peningkatan kos harian. Ramai dalam kalangan mereka berdepan kesukaran untuk menampung keperluan asas seperti makanan, perumahan, kesihatan, dan pendidikan anak-anak. Walaupun terdapat pelbagai bentuk bantuan kerajaan seperti subsidi, bantuan tunai dan skim perlindungan sosial, ia masih belum mampu menampung sepenuhnya beban hidup yang semakin meningkat.

Terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar. Kebergantungan kepada kerja tidak tetap atau gaji harian juga menyebabkan kumpulan ini lebih terdedah kepada risiko kehilangan pendapatan apabila berlaku kemelesetan ekonomi.

Sementara itu, golongan M40 turut menghadapi tekanan kewangan yang semakin ketara. Walaupun secara umumnya mempunyai pendapatan lebih tinggi daripada B40, mereka kini turut terkesan dengan peningkatan harga barangan, kadar sewa, serta komitmen hutang yang tinggi seperti pinjaman perumahan dan kenderaan.

Lebih membimbangkan, ramai dalam kalangan M40 kini tergelincir ke kategori B40 akibat tekanan ekonomi pasca pandemik dan peningkatan kadar inflasi. Dalam situasi ini, mereka berada di “zon peralihan” — tidak cukup miskin untuk menerima bantuan penuh, tetapi tidak cukup stabil untuk menampung semua komitmen kewangan sendiri.

Cabaran golongan B40 dan M40 ini menggambarkan realiti bahawa jurang pendapatan semakin melebar dan memerlukan perhatian serius daripada semua pihak. Langkah-langkah seperti memperkukuh jaringan keselamatan sosial, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bergaji wajar, serta menggalakkan literasi kewangan amat penting bagi membantu kedua-dua kumpulan ini keluar daripada tekanan ekonomi.

Hanya dengan pendekatan menyeluruh, kesejahteraan hidup rakyat dapat diperkukuh dan matlamat untuk mencapai keseimbangan ekonomi yang inklusif dapat direalisasikan. Antara usaha mengurangkan beban mereka dari golongan ini adalah melalui Sumbangan Tunai Rahmah atau STR.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026

Bagi tahun 2026, pihak Kerajaan telah bersetuju meneruskan pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah atau STR. Bantuan STR seperti tahun-tahun sebelumnya bertujuan untuk meringankan beban kos sara hidup golongan yang memerlukan, khususnya dari kalangan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).

Bagi tahun 2026, syarat-syarat kelayakan STR adalah seperti dinyatakan berikut:

  • Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19-59 tahun; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Jumlah Bayaran STR 2026

Jumlah bayaran STR bagi tahun 2026 adalah berbeza berbanding tahun sebelumnya. Malah, kategori bujang tidak menerima STR bagi tahun depan, sebaliknya bantuan diberikan dalam bentuk mekanisme Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Berikut adalah maklumat pembayaran STR bagi tahun depan:

  • Isi Rumah (≤ RM2,500)
    • Anak 5 orang ke atas: RM2,200
    • Anak 3 – 4 orang: RM1,700
    • Anak 1 – 2 orang: RM1,200
    • Anak 0: RM700
  • Isi Rumah (RM2,501 – RM5,000)
    • Anak 5 orang ke atas: RM950
    • Anak 3 – 4 orang: RM700
    • Anak 1 – 2 orang: RM450
    • Anak 0: RM200
  • Warga Emas Tiada Pasangan (≤ RM5,000)
    • Jumlah STR: RM600

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara pembayaran STR dibuat dengan dua cara utama iaitu secara kredit terus ke akaun penerima (seperti mana maklumat yang diberikan ketika permohonan/kemas kini dibuat). Manakala, pengambilan tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) pula adalah bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau akan tidak aktif.

Permohonan dan kemas kini STR 2026 boleh dibuat secara dalam talian (online) di Portal Rasmi STR. Ia juga boleh dibuat secara  manual melalui borang permohonan / borang kemaskini yang boleh didapati di portal sama atau di Pejabat HASiL / HASiL Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM.

Maklumat terperinci tentang Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh dilihat di Portal Rasminya – DI SINI. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *