Senarai penuh penerima & cara memohon Bantuan Sara Hidup (BSH) RM300 setiap bulan
Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.
Salah satunya termasuklah bantuan-bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi tujuan masing-masing dengan peruntukan tertentu.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan antara bantuan kewangan yang diperkenalkan: –
Bantuan Sara Hidup (BSH)
Bantuan Sara Hidup (BSH) adalah sebuah bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan dengan kadar sebanyak RM300 setiap bulan.
Bantuan ini pada asasnya merupakan sebuah inisiatif di bawah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) bagi membantu veteran ATM yang berkeperluan.
Syarat-syarat Kelayakan
- Veteran ATM
- Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia
- Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak
- Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa
- Had umur yang layak dipertimbangkan BSH adalah 60 tahun keatas dengan pendapatan bulanan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK);
- Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib;
- Balu yang berkahwin semula tidak layak;
- Anak yatim piatu hendaklah berumur kurang dari 18 tahun dan di bawah 21 tahun jika masih belajar. Jika cacat kekal, tiada syarat had umur;
- Faktor kesihatan atau penyakit yang menghalang pekerjaan (dengan pengesahan Pegawai Perubatan Kerajaan), bilangan anak yang bersekolah atau melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi juga boleh dipertimbangkan pemberian BSH.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Permohonan bantuan ini hendaklah dibuat dengen mengisi Borang Permohonan BSH secara lengkap dan dilampirkan bersama dokumen-dokumen sokongan yang dinyatakan.
Ia seterusnya hendaklah dihantar ke Pejabat JHEV Cawangan Negeri mengikut negeri kediaman veteran.
Di maklumkan juga setiap permohonan yang diluluskan akan berkuatkuasa selama tiga tahun dari bulan pertama pembayaran pertama dibuat.
Permohonan akan dinilai semula dalam tempoh tiga tahun tersebut untuk memastikan sama ada Veteran ATM atau penerima BSH itu masih layak diteruskan bayaran atau sebaliknya.
Bagi info yang lebih teliti tentang bantuan ini dan mendapatkan Borang Permohonan, sila lihat di Portal Rasmi JHEV – DI SINI.