Bantuan RM500 setiap bulan: Diberikan kepada warga emas 60 tahun dan ke atas
Golongan warga emas merupakan kumpulan masyarakat yang semakin bertambah bilangannya seiring dengan peningkatan jangka hayat. Pada asasnya, warga emas merujuk kepada golongan individu yang berumur 60 tahun ke atas.
Definisi ini digunakan secara meluas oleh kerajaan Malaysia serta pelbagai organisasi antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Warga emas sering dianggap sebagai golongan yang telah mencapai usia persaraan, dan dalam konteks kebajikan, mereka sering memerlukan sokongan khas kerana faktor-faktor seperti penurunan kemampuan fizikal, risiko kesihatan yang meningkat, serta cabaran ekonomi.
Dalam usaha untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan golongan ini, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai bantuan dan inisiatif yang bertujuan untuk meringankan beban mereka. Berikut adalah antara bentuk bantuan yang disediakan:
Bantuan RM500 untuk Warga Emas
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan bulanan yang antaranya adalah Bantuan Warga Emas atau BWE.
Bantuan ini melibatkan pemberian bantuan tunai sebanyak RM500 setiap bulan. Program bantuan ini dirancang khusus untuk meningkatkan kualita hidup warga emas yang memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan.
Syarat-Syarat Kelayakan
Bagi melayakan permohonan bantuan program bantuan ini, pemohon haruslah meruapakan warganegara Malaysia yang bermastautin di negara ini dan berusia 60 tahun ke atas.
Pendapatan isi rumah pemohon tidak boleh melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
Selain itu, pemohon tidak boleh tinggal di institusi yang dikelola oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau di pusat jagaan yang menyediakan layanan secara percuma.
Cara Memohon Bantuan RM500 BWE
Pemohon yang memenuhi syarat-syarat, mereka boleh mengemukakan permohonan secara langsung ke Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat.
Bagi memudahkan proses permohonan, pemohon disarankan membawa dokumen-dokumen sokongan seperti berikut:
- Salinan kad pengenalan pemohon;
- Salinan kad pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama;
- Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama ;
- Salinan penyata gaji (jika ada);
- Dokumen-dokumen berkaitan yang lain.
Pejabat Kebajikan Masyarakat seterusnya akan melakukan penilaian terhadap setiap permohonan untuk memastikan kelayakan penerima bantuan. Proses penilaian ini dilakukan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan.
Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan ini, sila rujuk ke Portal Rasmi JKM – DI SINI.
Info – Info Tambahan
Selain Bantuan Warga Emas (BWE), JKM juga memperkenalkan pelbagai bantuan bulan lain seperti Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU).
EPOKU diberikan untuk menggalakkan OKU terus bekerja, serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif. Jumlah bayaran ini diberikan sebanyak RM450 sebulan seorang.
Kriteria kekayakan bantuan ini adalah:
- Warganegara, bermastautin dan bekerja di Malaysia;
- Berumur 16 tahun dan ke atas;
- Pemegang kad OKU JKM;
- Pendapatan bulanan RM 1,500.00 dan ke bawah.
Bagi OKU yang tidak berupaya bekerja pula, JKM memperkenalkan Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB). Melaluinya, mereka yang layak boleh menerima RM300 setiap bulan.
Ini adalah maklumat syarat-syaratnya:
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Berumur 16 tahun dan ke atas;
- Pemegang Kad OKU JKM;
- Tidak berupaya bekerja;
- Pemohon bukan penghuni/ pelatih:
- Institusi kendalian JKM; atau
- Pusat jagaan harian/ berkediaman yang menyediakan perkhidmatan/ kemudahan secara percuma; atau
- Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK);
- Sumber kewangan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa.
- Nota: Sumber kewangan seperti pencen/ perkeso/ bantuan dan lain-lain.
Permohonan bantuan-bantuan ini boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat. Maklumat yang lengkap boleh dilihat di Portal Rasminya DI SINI.