Maklumat lengkap jumlah, penerima & jadual tarikh pembayaran STR Fasa 4
Pada setiap tahun, pihak Kerajaan akan membentangkan belanjawan untuk dimanfaatkan kepada pembangunan negara dan rakyat. Bagi Belanjawan 2024, pihak Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan kewangan kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan.
Bantuan-bantuan ini diberikan khusus kepada golongan berpendapatan rendah (B40) yang memerlukan. Ia termasuklah melalui bantuan yang dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STRB). Berikut adalah maklumat lengkapnya.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Di bawah Belanjawan 2024, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pelaksaan Sumbangan Tunai Rahmah atau STR. Bantuan ini merupakan sumbangan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.
Kriteria kelayakan STR 2024 adalah seperti ditetapkan:
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
STR Fasa 4
Bagi pembayaran STR Fasa 1 hingga Fasa 3, ia telah pun selesai disalurkan kepada yang layak pada bulan Januari, April dan Ogos lalu. Manakala, bagi pembayaran STR Fasa 4 pula, ia dijadualkan pada bulan November depan.
Jumlah bayaran STR Fasa 4 pula adalah seperti berikut (mengikut setiap kategori):
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bilangan anak 0: RM200
- Bilangan anak 1 – 2: RM350
- Bilangan anak 3 – 4: RM500
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM700
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: RM150
- Bilangan anak 1 – 2: RM200
- Bilangan anak 3 – 4: RM250
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM350
Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)
- STR Fasa 4: RM100
Bujang 21 – 59 tahun
- STR Fasa 4: RM150
Semakan Kelulusan STR
Pembayaran STR akan dibuat dengan dua kaedah utama iaitu secara kredit terus ke akaun seperti mana maklumat ketika permohonan, atau pengambilan tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank.
Bagi semakan kelulusan pula, ia boleh dibuat secara dalam talian (online) di Portal Rasmi STR dengan cara berikut:
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran (Jika Ada)
Semakan juga boleh dibuat dengan menghubungi Hotline BKK di talian 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau hadir ke Pejabat HASiL yang berhampiran.
Sekiranya semakan menunjukkan “Status Permohonan Diterima” ia merujuk kepada permohonan STR yang telah diterima dan akan melalui proses verifikasi mengikut tempoh permohonan dihantar. Pemohon masih dibenarkan untuk dikemas kini sehingga status permohonan ditukar kepada status “Dalam Proses”.
Status “Dalam Proses” pula merujuk kepada permohonan STR yang telah diterima dan sedang dalam proses verifikasi kelayakan STR 2024.
Namun begitu, sekiranya semakan menunjukkan hasil “Status Tidak Lulus” ia adalah merujuk kepada permohonan STR yang tidak menepati syarat kelayakan selepas proses semakan verifikasi dilakukan.
Pemohon bagaimanapun boleh mengemukakan permohonan rayuan di portal sama dengan memuat naik dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan berdasarkan alasan tidak lulus.
Bagi info yang lebih teliti tentang Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024, sila lihat di Portal Rasminya – DI SINI.