RM650 telah dikreditkan ke akaun pada Ogos & September 2024: Semak senarai penuh penerima

Belanjawan 2024 menyaksikan pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) turut diteruskan pelaksanaannya kepada rakyat negara ini dari kalangan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).

Bantuan ini pada asasnya merupakan usaha Kerajaan membantu mereka yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup. Hikmah penyasaran semula subsidi juga telah membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Untuk tahun 2024, STR diberikan kepada mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan berikut:

Isi Rumah

  • Kahwin; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

Warga Emas Tiada Pasangan

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
  • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.

Bujang

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
  • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
  • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Pembayaran STR Fasa 3 RM50 – RM650

Bagi pembayaran STR 2024, ia dilaksanakan dengan dua kaedah utama iaitu kredit terus ke akaun penerima (seperti diberikan ketika permohonan) atau secara tuntutan tunai cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.

Pembayaran pula dibuat sebanyak empat fasa iaitu mengikut jadual di bawah:

  • Fasa 1: Januari 2024
  • Fasa 2: April 2024
  • Fasa 3: Ogos 2024
  • Fasa 4: November 2024

Bagi pembayaran STR Fasa 3, penerima sedia ada akan menerimanya mulai  29 Ogos 2024 hingga 6 September 2024. Manakala, bagi penerima baharu rayuan pula, pembayaran akan dibuat mulai 18 hingga 20 September 2024.

Kadarnya STR Fasa pula adalah seperti berikut:

  • Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
    • Bilangan anak 0: RM150
    • Bilangan anak 1 – 2: RM350
    • Bilangan anak 3 – 4: RM500
    • Bilangan anak 5 & ke atas:RM650
  • Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 0: RM150
    • Bilangan anak 1 – 2: RM200
    • Bilangan anak 3 – 4: RM250
    • Bilangan anak 5 & ke atas: RM300
  • Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawah
    • STR Fasa 3: RM50
  • Warga Emas Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 & ke bawah
    • STR Fasa 3: RM150

Semakan dan Permohonan STR 2024

Bagi yang telah membuat permohonan, semakan STR boleh dilaksanakan secara dalam talian (online) di Portal Rasmi STR dengan mengikuti cara berikut:

  • Klik log masuk MySTR;
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon;
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan;
  • Masukkan Kata Laluan;
  • Klik Semakan Status;
  • Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

Bagi yang belum membuat permohonan pula, mereka masih boleh mengemukan permohonan di portal sama. Bagi lebih jelas, mereka yang boleh membuat permohonan baru adalah:

  • Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR 2024; serta
  • Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
  • Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.

Ketika mengemukakan permohonan, berikut adalah dokumen-dokumen yang diperlukan:

Pemohon:

  • Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
  • Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
  • Sijil Perceraian / Pembubaran Perkahwinan (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
  • Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah; atau
  • Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi pemohon berumur 19 – 20 tahun pada tahun 2024

Pasangan:

  • Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
  • Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan

Anak:

  • Anak Kandung
    • Salinan Sijil Lahir; dan
    • Salinan MyKad / MyKid
  • Anak Angkat
    • Salinan MyKad / MyKid; dan
    • Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN

Maklumat yang lengkap tentang Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh dilihat di Portal Rasminya DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *