Banyak jawatan ditawarkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) – MDJELI: Gaji sehingga RM5,672
Majlis Daerah Jeli (MDJELI) kini sedang membuka pengambilan banyak kekosongan jawatan terkini untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan.
Calon-calon adalah disarankan supaya meneliti hebahan kekosongan jawatan ini, bagi mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan jawatan yang ditawarkan beserta maklumat-maklumat penting lain.
Berikut adalah maklumat berkenaan kekosongan jawatan- jawatan yang dibuka: –
Jawatan Kosong MDJELI
- PENOLONG PEGAWAI TADBIR (SISTEM MAKLUMAT) GRED N29
- Taraf Jawatan: Tetap
- Jadual Gaji: RM1,493 – RM5,672
- PEMBANTU TADBIR GRED N19
- Taraf Jawatan: Tetap
- Jadual Gaji: RM1,352 – RM4,003
- PEMBANTU TADBIR GRED N19
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Jadual Gaji: RM1,352 – RM4,003
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon hendaklah merupakan warganegara Malaysia;
- Pemohon hendaklah berumur 18 tahun dan ke atas;
- Syarat-syarat kelayakan akademik yang lengkap boleh dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Kepada calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan yang ditawarkan ini boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan.
Permohonan boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan dan disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport, Salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil-sijil Persekolahan, sijil/diploma/ijazah yang berkaitan, keputusan peperiksaan akhir bagi kelayakan yang disyaratkan dan lain-lain dokumen pengesahan yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon yang telah disahkan.
Ia seterusnya perlu dihantar ke alamat:
Yang DiPertua,
Majlis Daerah Jeli,
17600 Jeli,
Kelantan.
Calon perlulah hanya memohon jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan dan memberikan maklumat yang benar serta tepat bagi memudahkan urusan permohonan jawatan yang dibuka.
Hanya calon-calon yang layak berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk sesi temuduga oleh pihak majikan.
Permohonan dibuka sehingga 31 JANUARI 2024.
Maklumat terperinci berkenaan kekosongan jawatan dan permohonan boleh diteliti DI SINI.