Berikut senarai penerima Bantuan Khas Kewangan RM1,000 yang telah dikreditkan
Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.
Salah satunya termasuklah bantuan-bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi tujuan masing-masing dengan peruntukan tertentu.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan antara bantuan kewangan yang diperkenalkan: –
Bantuan Khas Kewangan
Untuk makluman, pihak Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan Bantuan Khas Kewangan atau BKK sebanyak dua bulan setengah gaji.
Bantuan itu akan diberikan kepada semua penjawat awam negeri ini termasuk anggota perkhidmatan kerajaan negeri yang mana gaji dibayar kerajaan Persekutuan.
Pelaksanaan bantuan ini melibatkan tiga peringkat, di mana peringkat pertama sebanyak sebulan gaji atau minimum RM1,000 telaj dilaksanakan pada Aidilfitri lalu.
Bagi peringkat kedua, ia telah pun dikreditkan dengan kadar sebulan lagi gaji atau minimum RM1,000 pada 28 Disember 2023 lalu. Pelaksanaan ini melibatkan peruntukan sejumlah RM40.03 juta.
Untuk pembayaran kali ketiga pula, akan dibuat pada bulan Februari depan dengan kadar setengah bulan gaji atau minimum RM1,000.
“Pemberian ini diharap dapat meringankan beban penjawat awam bagi persiapan sesi persekolahan 2024 yang dijangka bermula Mac tahun depan,” kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2024.
Bantuan Kerajaan Negeri Selangor
Dalam perkembangan sama, pihak Kerajaan Negeri Selangor turut memperkenalkan atau meneruskan pelbagai lagi jenis bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Antaranya adalah bantuan e-Tunai BINGKAS sebanyak RM300 setiap bulan dan insentif RM1,000 kepada 5000 wanita yang bekerja serta bermajikan di bawah Program MamaKerja.
Skim Mesra juga diteruskan dengan manfaat baucar membeli belah sebanyak RM150 dan khairat kematian sejumlah RM500.
Kerajaan Negeri Selangor turut menyediakan pelbagai inisiatif bagi pembangunan sektor pendidikan antaranya seperti pembiayaan pengajian Program Peduli Siswa, Program Inisiatif Kemahiran Teknikal Dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS) untuk pengajian kemahiran dan Hadiah Pengajian IPT (HPIPT).
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Untuk maklumat lebih lengkap dan lanjut berkenaan inisiatif-inisiatif di bawah Belanjawan 2024 Negeri Selangor, sila rujuk – DI SINI.