Amanah Saham Bumiputera Umum Keuntungan & Dividen Baru. Ini Cara Daftar & Semak Atas Talian

Dalam kesibukan bekerja, pasti ramai di antara kita yang memilih untuk menyimpan dan menabung sedikit demi sedikit. Salah satunya adalah melalui Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Berita gembira buat para penyimpan, ini kerana Amanah Saham Nasional Berhad baru sahaja mengumumkan keuntungan dan dividen bagi salah satu produknya iaitu Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Keuntungan Dividen

ASNB mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit dan bonus 0.75 sen seunit menjadikan keseluruhan pulangan sebanyak 5.00 sen seunit kepada 10.4 juta pemegang unit.

Urus niaga ASB di semua cawangan dan ejen ASNB telah ditangguhkan buat sementara waktu dari 23 Disember 2021 hingga 2 Januari 2022 bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan.

Semakan Atas Talian

Pemegang unit boleh menyemak dan mengemas kini akaun mereka di portal myASNB (www.myasnb.com.my), melalui aplikasi mudah alih myASNB, atau di mana-mana cawangan dan ejen ASNB di seluruh negara apabila urus niaga beroperasi semula pada 3 Januari 2022.

Advertisement
Advertisement

Untuk Yang Terlepas Peluang, Ini Cara Beli Unit ASB Atas Talian

Untuk membuka akaun pelaburan ASNB secara atas talian, sila rujuk langkah di bawah:

  • Muat turun aplikasi myASNB. di Google Play Store atau Apple Play Store
  • Sediakan kad pengenalan dan butiran akaun bank untuk mendaftar.
  • Isikan maklumat di ruang yang disediakan.
  • .Buat proses verifikasi identiti
  • Cipta akaun dengan menetapkan ID dan kata laluan.
  • Akhir sekali, pilih kaedah pembayaran untuk pelaburan awal serendah RM10.
  • Pilih kaedah pembayaran melalui bank yang tersedia.

Jika mahu beli unit Amanah Saham Bumiputera dan lain-lain. Tekan pada “Labur” dalam aplikasi dan pilih pelaburan baru.

 

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published.