Kekosongan Jawatan Di Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA). Gaji RM6,072.00 – RM20,592.00

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat IPTA

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) terletak di negeri Terengganu. UniSZA setakat ini mempunyai tiga kampus di Terengganu yang telah beroperasi sepenuhnya iaitu Kampus Gong Badak, Kampus Kota dan Kampus Tembila. UniSZA juga mempunyai sebuah lagi kampus iaitu Kampus Antarabangsa Kuala Lumpur.

Jawatan Yang Ditawarkan

  1. Pengarah GRED VU7
  2. Timbalan Pengarah (Klinikal) UD54
  3. Timbalan Pengarah (Sokongan) UD54
  4. Timbalan Pengarah Urusan N54

Jadual Gaji: RM6,072.00 – RM20,592.00

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan bagi setiap jawatan boleh dilihat di pautan berikut: KLIK SINI

Cara Memohon Jawatan

Calon boleh mengemukakan permohonan dengan menyertakan maklumat seperti berikut:

  • Curriculum Vitae (CV) yang lengkap dan terkini berserta gambar ukuran pasport, salinan sijil-sijil akademik dan lain-lain dokumen sokongan yang disahkan benar; dan
  • Advertisement
  • Ringkasan perancangan sekiranya dilantik sebagai Pengarah / Timbalan Pengarah (Klinikal) / Timbalan Pengarah (Sokongan) / Timbalan Pengarah (Pengurusan) dalam format Presentation Microsoft Power Point
  • Calon hendaklah disahkan sihat oleh Pengamal Perubatan Berdaftar.
  • Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada:

Pendaftar
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
E-mel: pendaftar@unisza.edu.my
Telefon: 09-668 8360

Tarikh permohonan adalah pada 28 Disember 2021 hingga 17 Januari 2022 (Jam 12.00 Tengahari).

Proses pemilihan akan dilaksanakan secara terbuka di mana pihak Universiti boleh mencalonkan mana-mana calon yang dirasakan sesuai untuk pertimbangan Jawatankuasa Pemilih.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published.