Baucar RM30 Boleh Ditebus Sehingga 31 Disember 2025: Ini Cara Menebusnya
Dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar, topik mengenai insurans hayat semakin mendapat perhatian, namun tahap kesedaran terhadap kepentingannya masih rendah terutama dalam kalangan masyarakat B40. Golongan ini sering berdepan risiko kewangan yang lebih tinggi akibat pendapatan terhad, simpanan yang minimum, serta komitmen harian yang semakin meningkat.
Apabila berlaku musibah seperti kematian, hilang upaya kekal, atau penyakit serius, keluarga B40 biasanya mengalami kejutan kewangan yang sukar ditampung. Justeru, insurans hayat sebenarnya memainkan peranan penting sebagai benteng perlindungan kewangan, tetapi ramai masih menganggap ia sesuatu yang “tidak mampu” atau “tidak perlu selagi sihat”.
Hakikatnya, insurans hayat bukan lagi satu pilihan mewah. Ia adalah kemudahan kewangan asas yang dapat membantu keluarga meneruskan kehidupan dengan lebih stabil sekiranya pencari nafkah utama tidak lagi mampu bekerja. Bagi masyarakat B40, perlindungan ini mampu menjadi penyelamat ketika waktu sukar, menampung perbelanjaan harian, menyelesaikan hutang, atau menyediakan sedikit ruang bernafas untuk ahli keluarga bangkit semula.
Namun cabaran utama adalah persepsi bahawa insurans hayat memerlukan bayaran bulanan yang tinggi. Sedangkan pada realitinya, terdapat banyak pelan mampu milik dengan premium rendah yang sesuai untuk pendapatan sederhana dan kecil.
Kesedaran masyarakat juga dipengaruhi oleh kurangnya pendedahan mengenai bagaimana insurans hayat berfungsi. Ramai masih keliru antara insurans hayat, insurans perubatan, dan perlindungan kemalangan. Kurangnya kefahaman ini menyebabkan golongan B40 tidak melihat keperluan sebenar dan memilih untuk “tunggu dulu” sehingga sesuatu berlaku, walhal pada ketika itu sudah terlambat. Lebih membimbangkan, ada yang terus bergantung kepada bantuan kebajikan sebagai langkah terakhir, sedangkan pelan perlindungan awal dapat mengurangkan kebergantungan ini.
Oleh itu, kempen pendidikan kewangan dan kesedaran insurans sangat penting untuk memperkukuh pemahaman masyarakat B40 tentang manfaat jangka panjang insurans hayat. Pendekatan melalui program komuniti, media sosial, serta penerangan oleh ejen-ejen bertauliah mampu mengubah persepsi bahawa insurans hanyalah beban tambahan. Dengan kefahaman yang lebih baik, masyarakat dapat membuat keputusan yang lebih bijak demi masa depan keluarga.
Insurans hayat bukan sekadar polisi, ia adalah pelaburan kecil untuk ketenangan jiwa dan keselamatan keluarga. Apabila golongan B40 memahami kepentingan perlindungan ini, barulah mereka dapat membina asas kewangan yang lebih kukuh dan bersedia menghadapi apa jua kemungkinan hidup.
Prihatin tentang hal itu, pihak Kerajaan telah memperkenalkan program yang dikenali sebagai Program Baucar Perlindungan Tenang (PTV) 3.0 dan berikut adalah maklumat lanjut tentangnya.
Program Baucar Perlindungan Tenang (PTV) 3.0 – Baucar RM30
Program Baucar Perlindungan Tenang (PTV) 3.0 adalah sebuah inisiatif strategik yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia bagi memperkukuh perlindungan sosial bagi golongan berpendapatan rendah.
Melaluinya, mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan boleh menebus baucar sebanyak RM30 dan ia kemudiannya boleh digunakan bagi membeli produk asas insurans dan takaful yang ditawarkan oleh pengendali insurans dan takaful berlesen yang mengambil bahagian dalam program PTV 3.0.
Syarat-syarat kelayakan program ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas;
- Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah atau STR 2025.
Semakan Kelayakan PTV 3.0
Bagi yang hendak membuat semakan kelayakan Program Baucar Perlindungan Tenang (PTV) 3.0 ia boleh dilaksanakan secara dalam talian (online) dengan langkah-langkah berikut:
- Langkah 1: Layari Portal MyPTV;
- Langkah 2: Masukkan maklumat Nombor Kad Pengenalan (NRIC) anda dan tandakan tik (/) di “YA, SAYA TELAH MEMBACA DAN MEMAHAMI NOTIS PRIVASI” dan “Saya bukan robot”.
- Langkah 3: Jika anda layak untuk program ini, anda akan menerima nombor baucar dalam mesej seterusnya. Sila gunakan nombor baucar tersebut apabila anda mahu menebus baucar RM30 semasa membuat pembelian.
Selain itu, semakan juga boleh dibuat dengan mengunjungi mana-mana cawangan atau ejen / pengedar yang sah bagi syarikat insurans / pengendali takaful yang menyertai dan menawarkan produk Perlindungan Tenang di bawah Program PTV 3.0.
Cara Menebus PTV 3.0
Penebusan baucar RM30 ini boleh dibuat dengan dua kaedah utama iaitu secara dalam talian atau secara manual di kaunter. Bagi secara dalam talian, langkah-langkahnya adalah seperti berikut:
- Langkah 1: Layari Portal MyCoverage;
- Langkah 2: Skrol ke bawah untuk melihat seksyen “Produk Perlindungan Tenang di bawah Program PTV 3.0”. Klik ikon logo syarikat / produk Perlindungan Tenang untuk mendapatkan maklumat asas mengenai produk tersebut. Sila semak kriteria produk seperti had umur dan jumlah premium / sumbangan sebelum memutuskan produk yang paling sesuai dengan keperluan anda;
- Langkah 3: Tekan butang “KETAHUI LEBIH LANJUT” dan anda akan dibawa ke laman web syarikat insurans atau pengendali takaful yang menawarkan produk Perlindungan Tenang tersebut;
- Langkah 4: Anda akan dibantu untuk melalui proses yang mudah untuk menyertai / membeli produk Perlindungan Tenang. Anda perlu mengisi maklumat yang diperlukan seperti nama, nombor Kad Pengenalan (KP), umur, jantina dan lain-lain untuk melengkapkan proses pembelian. Anda juga perlu memasukkan nombor unik Baucar Perlindungan Tenang anda untuk menuntut baucar tersebut semasa pembelian produk. Anda dinasihatkan untuk membaca terma dan syarat produk tersebut sebelum membuat pembelian.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Bagi secara manual pula, penebusan boleh dibuat secara langsung melalui kaunter pejabat cawagan atau ejen / pengedar sah syarikat insurans / pengendali takaful terlibat.
Dimaklumkan bahawa penebus hendaklaj meneliti dan memahami ciri-ciri asas dan manfaat produk, termasuk menyemak kriteria produk seperti had umur dan jumlah premium / sumbangan sebelum memilih produk yang paling sesuai dengan keperluan.
Sekiranya penebus memilih untuk meneruskan pembelian produk, anda perlu memberikan maklumat yang diperlukan untuk melengkapkan proses pembelian.
Bagi maklumat lebih lengkap dan terperinci berkenaan Program Baucar Perlindungan Tenang (PTV) 3.0 ini boleh dirujuk di Portal MyPTV – DI SINI.



