Bantuan Khas RM300 telah dikreditkan kepada yang layak: Senarai penerima & cara pembayaran
Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.
Antaranya adalah bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh pihak Kerajaan di bawah Bantuan Khas Penghargaan (BKP).
Ini adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan tunai ini:-
Bantuan Khas RM300
Ketika Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan Bantuan Khas Penghargaan (BKP) sebanyak RM300 dan RM200.
Para penerima bantuan khas ini adalah seperti berikut:
- Bantuan RM300: Diberikan kepada para pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah termasuk pegawai/kakitangan lantikan kontrak.
- Bantuan RM200: Diberikan kepada semua pesara Kerajaan, termasuk para pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Dalam masa sama, pegawai Personel MySTEP juga layak menerima bantuan khas ini dengan syarat mereka telah dilantik sebelum 10 Ogos 2023 dan masih berkhidmat pada 10 Ogos 2023 serta tempoh kontraknya telah berkuat kuasa sekurang- kurangnya 30 hari berturut-turut.
Tarikh Pembayaran
Berdasarkan kenyataan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pembayaran Bantuan Khas Penghargaan akan dibuat pada tarikh 10 Ogos 2023.
Cara pembayarannya pula ada secara kredit terus ke akaun penerima yang menepati syarat-syarat kelayakan.
Bagi maklumat lengkap berkenaan bantuan ini ia boleh diteliti di Portal Rasmi JPA – DI SINI.