Bantuan RM800 telah mula dikreditkan secara berperingkat: Semak senarai lengkap penerima

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan bagi membantu mereka yang berkelayakan dan memerlukan.

Ia termasuklah sebuah bantuan kewangan yang dikenali sebagai Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) kepada mereka yang layak dan memerlukan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan BMT: –

Bantuan RM800 di bawah BMT

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) adalah sebuah bantuan kewangan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023. Malah, kadarnya juga telah dinaikkan kepada RM800 berbanding RM600 pada tahun sebelumnya.

BMT diperkenalkan bagi  meringankan beban kewangan pekebun kecil atau penoreh getah yang berkelayakan semasa musim tengkujuh. Ia dikendalikan oleh agensi kerajaan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

Syarat-syarat Kelayakan

Pekebun Kecil (Pemilik Tanah Yang Memiliki dan Mengusahakan Lot Bertanam Getah)

  • Warganegara Malaysia
  • Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA
  • Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah antara 0.1 hingga 2.5 hektar
  • Pemilik tanah yang sah
  • 1 lot tanah hanya seorang pemilik/penama sahaja yang layak menerima bantuan

Penoreh (Bukan Pemilik Tanah)

Advertisement
Advertisement

  • Warganegara Malaysia
  • Penoreh yang berdaftar dengan RISDA
  • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar
  • 1 lot tanah hanya seorang penoreh/penama sahaja yang layak menerima bantuan
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah ketika permohonan dibuat

Pembayaran BMT

Pembayaran BMT sebanyak RM800 dibuat secara berperingkat sebanyak empat kali pada bulan November 2023, Disember 2023, Januari 2024 dan Februari 2024. Kadar setiap bulan pula adalah sebanyak RM200.

Cara pembayarannya pula adalah secara kredit terus ke akaun penerima yang telah diluluskan permohonan mereka. Untuk makluman, permohonan BMT 2023 telah dibuka mulai 15 Jun 2023 hingga 15 September 2023.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Semakan kelulusan BMT boleh dibuat secara dalam talian (online) di Sistem BMT RISDA – DI SINI. Bagi maklumat lengkap berkenaan bantuan ini pula boleh dirujuk di Portal Rasmi RISDA – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *