Cara Semakan Geran Khas Prihatin (GKP 3.0). Check Status Kelulusan Permohonan & Bayaran
Semakan ada banyak jenis semakan dalam Geran Khas Prihatin. Jadi, perkongsian ini adalah untuk menerangkan beberapa fasa semakan GKP 3.0 iaitu:
Semakan permohonan GKP 3.0 sudah diterima oleh LHDN
Semakan kelulusan GKP 3.0, iaitu mendapat status Lulus atau Tidak Lulus.
Semakan bayaran GKP 3.0 masuk dalam akaun bank
1. Semakan GKP 3.0 Permohonan Diterima
Untuk makluman, jika anda belum apply, sila daftar Geran Khas Prihatin 3.0 dan buat permohonan GKP 3.0 terlebih dahulu. Lengkapkan mengikut turutan. Selesaikan semuanya sehinggalah anda boleh login GKP 3.0.
Di bawah ini ialah cara untuk check samada permohonan Geran Khas Prihatin (GKP 3.0) yang anda buat secara online diterima atau tidak oleh pihak LHDN:
- Layari portal rasmi GKP di sini: https://gkp.hasil.gov.my/Account/Login
- Klik Log Masuk untuk buat semakan Geran Khas Prihatin
- Masukkan ID Pengguna
- Klik butang Semak untuk meneruskan buat semakan GKP 3.0
- Selepas berjaya Log Masuk, anda akan nampak paparan berikut:
- Nama
- Nombor MyKad
- Status Permohonan
- Sila beri perhatian pada Status Permohonan untuk mengetahui status terkini mengenai permohonan anda iaitu:
- PERMOHONAN DITERIMA
- DALAM PROSES
- LULUS
- TIDAK LULUS
- Jika status yang dipaparkan ialah PERMOHONAN DITERIMA:
- Ini bermaksud permohonan baharu anda yang sudah siap diisi sudah berjaya dihantar. Anda juga tidak perlu membuat permohonan semula. Sila tunggu sehingga keputusan permohonan dipaparkan.
- Jika status yang dipaparkan ialah DALAM PROSES:
- Ini bermakna permohonan anda yang telah diterima oleh LHDN sedang dalam proses verifikasi atau semakan dari agensi yang terlibat. Semasa dalam status DALAM PROSES, anda tidak boleh buat kemaskini Geran Khas Prihatin. Tidak perlu buat semakan GKP juga.
2. Semakan kelulusan GPK 3.0 (Status LULUS atau TIDAK LULUS)
Di bawah ini ialah cara untuk buat semakan kelulusan Geran Khas Prihatin (GKP 3.0):
- Layari portal rasmi GKP di sini: https://gkp.hasil.gov.my/Account/Login
- Klik Log Masuk untuk buat semakan Geran Khas Prihatin
- Masukkan ID Pengguna
- Klik butang Semak
- Selepas berjaya Log Masuk, anda akan nampak paparan berikut:
- Nama
- Nombor MyKad
- Status Permohonan
- Sila beri perhatian pada Status Permohonan untuk mengetahui status terkini mengenai permohonan anda iaitu:
- PERMOHONAN DITERIMA
- DALAM PROSES
- LULUS
- TIDAK LULUS
- Sekiranya status LULUS:
- Ini bermakna anda layak menerima bantuan. Duit bantuan GKP 3.0 akan dimasukkan ke dalam akaun yang anda daftarkan dalam borang permohonan.
- Sekiranya status TIDAK LULUS:
- Ini bermakna anda tidak layak untuk terima bantuan GKP Hasil sebanyak RM3,000. Setakat ini, belum ada maklumat lagi samada boleh buat rayuan GKP 3.0 atau tidak.
3. Check status pembayaran GKP 3.0 (Bila duit masuk?)
Jika mendapat status LULUS dalam sistem, kami pasti anda sekarang sedang melompat kegembiraan.
Namun, nanti dulu. Pastikan amaun di bahagian Jumlan Kelulusan GKP adalah betul.
- Layari portal rasmi GKP di sini: https://gkp.hasil.gov.my/Account/Login
- Klik Log Masuk untuk buat semakan Geran Khas Prihatin
- Masukkan ID Pengguna
- Klik butang Semak
- Selepas berjaya Log Masuk, anda akan nampak paparan berikut:
- Nama
- Nombor MyKad
- Status Permohonan
- Jumlah Kelulusan GKP
- Jumlah Kelulusan GKP Tambahan PERMAI
- Lihat pada Jumlah Kelulusan GKP:
- Ini adalah mengetahui amaun yang diluluskan iaitu sebanyak RM3,000.
- Untuk GKP Tambahan, lihat pada Jumlah Kelulusan GKP Tambahan PERMAI
- Ini adalah ntuk mengetahui samada anda dapat penambahan bantuan dalam pakej PERMAI sebanyak RM1,000.
- Untuk GKP 3.0 PEMERKASA dan PEMERKASA+, silat lihat pada Jumlah Kelulusan GKP 3.0
- Ini adalah untuk mengetahui samada anda dapat penambahan bantuan dalam pakej PEMERKASA semasa PKP 2.0 sebanyak RM1,000.
- Ini juga untuk mengetahui samada anda dapat tambahan bantuan dalam pakej PEMERKASA PLUS semasa PKP 3.0 sebanyak RM500.
- Sekiranya amaun yang bakal diterima adalah betul seperti yang dikhabarkan, tunggu duit dimasukkan ke dalam akaun bank syarikat
- Sila check dengan rakan-rakan peniaga yang lain samada mereka sudah dapat duit bantuan GKP 3.0 atau tidak