Cara Semakan Bayaran BPR Tambahan. RM100, RM300 & RM500 Akhir Jun Ini
Berita baik bagi penerima BPR, dalam Perutusan Khas Perdana Menteri telah diumumkan bayaran tambahan melalui Pakej Bantuan 3.0 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) PEMERKASA+.
Sebanyak RM2.1 bilion telah diperuntukkan bagi menambah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui perutusan tersebut bagi tujuan membantu kelangsungan hidup rakyat dalam tempoh pandemik yang mencabar.
Berikut dikongsikan info penuh tentang bayaran Bantuan Prihatin Rakyat tambahan yang diumumkan setakat ini.
Apakah Itu BPR Tambahan?
Bantuan BPR Tambahan adalah bayaran tambahan bagi BPR 2021 yang masih berlangsung secara berfasa.
Penerima Bantuan Prihatin Rakyat yang layak akan menerima bayaran tambahan mengikut kategori masing-masing.
Jumlah Bantuan BPR Tambahan
Berikut adalah jumlah bantuan BPR Tambahan yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 31 Mei 2021:
Bagi kategori isi rumah yang berpendapatan di bawah RM2,500, mereka akan menerima kadar tambahan sebanyak RM500
Kategori isi rumah berpendapatan antara RM2,501 hingga RM5,000, akan menerima kadar sebanyak RM300. Golongan bujang pula akan menerima RM100.
Tarikh Bayaran Dikreditkan
Perdana Menteri berkata, bayaran tambahan itu akan mula dimasukkan ke akaun penerima pada hujung bulan Jun 2021 ini.
Jelas Perdana Menteri, bayaran tersebut merupakan tambahan sebanyak RM2.4 bilion kepada fasa bayaran terakhir BPR pada bulan September ini.
Cara Permohonan / Semakan
Buat masa ini, cara permohonan dan syarat kelayakan khusus tidak diperincikan lagi oleh LHDN.
Tarikh semakan status bagi kelulusan dan bayaran akan dimaklumkan oleh pihak LHDN dari semasa ke semasa melalui media sosial dan laman web.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkaitan bayaran tambahan ini, sila rujuk di saluran berikut:
- Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
- Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
- MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.