Pendapatan Pasangan RM5,000 & Ke Bawah: Ini Bantuan RM250 Sekali Bayar Untuk Dimohon
Pada ketika ini, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan. Bantuan-bantuan ini diberikan sebagai usaha meringankan beban mereka yang memerlukan atau sebagai penghargaan untuk perkara-perkara tertentu.
Terdapat dua jenis bantuan dikreditkan kepada penerima iaitu bantuan yang dikreditkan setiap bulan ataupun bantuan yang dikreditkan secara ‘one-off’ atau sekali bayar. Kedua-dua jenis bantuan ini penting untuk sampai kepada golongan atau kategori yang disasarkan.
Oleh itu, dalam artikel ini akan diterangkan secara terperinci mengenai salah satu bantuan secara ‘one-off’ atau sekali bayar yang disediakan oleh pihak kerajaan negeri.
Bantuan Insentif Khas RM250
Insentif Khas Pasangan Pengantin (IKPP) disediakan oleh pihak kerajaan negeri untuk pasangan di mana pihak pengantin lelakinya mendapat pendapatan setiap bulan RM5,000 dan ke bawah.
Namun begitu, ia semua tertakluk kepada syarat-syarat dan garis panduan yang ditentukan.
Syarat-Syarat Kelayakan Insentif Khas
Setiap bantuan mesti disaring dengan syarat-syarat kelayakan tertentun bagi menjamin ketelusan dalam peoses penerimaan bantuan tersebut. Bagi insentif khas RM250 ini, berikut merupakan syarat-syarat kelayakan yang perlu dipenuhi:
- Hanya anak-anak Pahang sahaja yang layak menerima insentif ini.
- Samada pengantin lelaki atau perempuan mestilah anak kelahiran Negeri Pahang.
- Pasangan pengantin yang mana pengantin lelaki sahaja berpendapatan RM5000.00 dan ke bawah layak menerima insentif
- Bagi perkahwinan di luar negeri Pahang, pengantin lelaki mestilah anak kelahiran Pahang.(Kebenaran Luar Negeri (KBLN))
- Perkahwinan ini mestilah didaftarkan di Negeri Pahang dengan Kebenaran Pejabat Agama Islam Daerah.
- Perkahwinan anak Pahang yang didaftarkan di luar negeri Pahang,pengantin perlu membuat permohonan dan pengesahan di Pejabat Agama Islam (dimana tempat permohonan).
- Bagi pemastautin di negeri Pahang sekurang-kurangnya 10 tahun atau lebih, perlu mendapatkan pengesahan dari Penghulu/ADUN Kawasan/pengurus FELDA/Imam Qaryah atau Penyelaras.
- Duda atau Janda atau salah seorang yang mana pasangannya adalah anak negeri Pahang dan berkelayakan, perkahwinan kali pertama dengan pasangan yang lain, layak untuk menerima insentif.
- Setiap permohonan perlu hantar ke Pejabat Agama Islam Daerah di mana Permohonan Kebenaran atau Pendaftaran Perkahwinan di buat.
Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Anda Tidak Layaka
Untuk sesetengah kategori, anda tidak layak untuk memohon dan menerima bantuan ini. Berikut senarai-senarai punca anda tidak layak menerima bantuna Insentif Khas IKPP RM250 ini:
- Poligami
- Nikah semula (pasangan yang sama selepas tamat tempoh iddah)
- Nikah tanpa kebenaran
- Kedua pasangan bukan asal Pahang
- Pendapatan lelaki melebihi RM 5,000.00
Jumlah Bantuan
Bagi mereka yang layak menerima bantuan ini. Jumlah bantuan yang akan diterima adalah sebanyak RM250 secara ‘one-off’ atau sekali bayar.
Dokumen-Dokumen Yang Diperlukan Untuk Membuat Permohonan
Untuk memohon bantuan, terdapat beberapa dokumen yang perlu anda sedia dan sertakan kepada pihak kerajaan negeri. Berikut merupakan dokumen-dokumen yang mestilah disertakan oleh pemohon:
- 2 Salinan Kad Pengenalan pemohon (depan dan belakang).
- 1 Salinan catatan akad nikah pemohon.
- 2 Salinan penyata akaun bank pemohon
Borang Yang Boleh Dimuat Turun
Terdapat borang yang anda perlu muat turun di website emunakahat Pahang. Berikut merupakan pautan untuk memuat turun Borang Insentif Khas Pasangan Pengantin: https://emunakahat.pahang.gov.my/fail/borangikpp.pdf
Maklumat Lanjut
Jika terdapat sebarang kemusykilan atau persoalan mengenai Bantuan Insentif Khas Pasangan Pengantin (IKPP) ini. And boleh menghubungi pihak bertanggunjawab seperti maklumat di bawah.
Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam Pahang
Jabatan Agama Islam Pahang
Tel : 09-42711111
Belanjawan Pahang 2024
Menteri Besar Pahang Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyasarkan bagi kutipan hasil kerajaan negeri mencecah RM1.137 bilion bagi tahun 2024.
Oleh itu, untuk mencapai sasaran besar itu, maka antara sumber pendapatan baharu bagi Pahang adalah tenaga boleh diperbaharui dan hasil daripada sektor industri, memandangkan terdapat pelaburan baharu yang dicapai kebelakangan ini.
Dalam Belanjawan Pahang 2024, segala perincian telah merangkumi semua lapisan masyarakat serta meliputi pelbagai aspek termasuk pertanian, pelancongan, usahawan, pelaburan, infrastruktur dan pendidikan.
Antara perkara baru pada belanjawan itu ialah penubuhan Tabung Prihatin Pahang dengan peruntukan RM5 juta.
Ia dijadikan sebagai bantuan kepada golongan B40 termasuk bagi membiayai penyakit kronik dan mewujudkan Akademi Mineral Malaysia Pahang dengan peruntukan RM2.21 juta di Lipis.