Senarai Bantuan-Bantuan Kewangan bawah Belanjawan 2024 yang rakyat Malaysia perlu tahu

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Antaranya adalah bantuan-bantuan kewangan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024, seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat.

Ini adalah senarai bantuan-bantuan kewangan yang diperkenalkan: –

Senarai Bantuan Bawah Belanjawan 2024

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Di bawah Belanjawan 2024, pihak Kerajaan bersetuju menaikkan kadar maksimum STR kepada RM3,700 berbanding RM3,100 sebelum ini. Bantuan ini akan diberikan kepada penerima dari kalangan B40 dan M40, mengikut tingkat pendapatan dan bilangan tangungan.

Pemberian STR akan memanfaat 9 juta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa Malaysia dengan peruntukan yang meningkat sebanyak RM2 bilion atau 25 peratus iaitu daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion.

Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam

Pihak Kerajaan ketika ini ssedang menyemak semula skim gaji dan elaun tetap penjawat awam yang kali terakhir dilaksanakan pada 2012. Oleh hal demikian, pihak Kerajaan bersetuju untuk memberikan Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.

Advertisement
Advertisement

Dalam masa sama, bayaran Insentif RM1,000 pula diberikan kepada semua pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Di bawah Belanjawan 2024, pihak Kerajaan akan meluaskan manfaat SARA kepada 700 ribu penerima STR yang akan menerima RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan. Melalui bantuan ini, penerima hanya perlu ke kedai-kedai runcit terpilih untuk memberi keperluan asas hanya dengan menggunakan MyKad.

Bantuan-Bantuan Bulanan JKM

Untuk tahun 2024, bantuan yang disalurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan melibatkan peruntukan lebih RM2.4 bilion. Antara bantuan-bantuan terlibat adalah Bantuan Am Persekutuan; Bantuan Warga Emas; Bantuan Kanak-Kanak dan Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja.

Untuk maklumat lengkap berkenaan Belanjawan 2024, ia boleh diteliti di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *