Bantuan Insentif RM1,000-RM2,000 Akan Dikteditkan Kepada Penerima. Ini Senarai Penerima & Tarikh Bayaran

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Antaranya adalah bantuan kewangan kepada golongan tertentu yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024.

Ini adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:-

Bantuan RM1,000-RM2,000

Dalam ucapan Belanjawan 2024,  kerajaan bersetuju untuk memberi Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) kepada kategori berikut:

  1. Sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.
  2. Pemberian sebanyak RM1,000 kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform. semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen,

Tarikh Bayaran Bantuan

Bayaran tersebut akan dibuat secara sekali gus pada akhir Februari tahun depan bagi meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak serta persiapan menjelang Ramadan dan Syawal.

Cara Semakan

Berkenaan dengan cara pembayarannya pula, ia akan dibuat secara kredit terus ke akaun bank penerima.

Bagi mereka yang ingin membaca maklumat penuh mengenai bantuan ini, boleh berbuat demikian di laman rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *