Jumlah bayaran STR dinaikkan kepada RM3,700: Ini senarai penuh penerima & tarikh pembayaran
Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.
Antaranya adalah bantuan-bantuan kewangan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024, seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat.
Ini adalah senarai bantuan-bantuan kewangan yang diperkenalkan: –
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Di bawah Belanjawan 2024, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk meruskan pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah atau STR. Malah, kadar STR bagi tahun 2024 juga akan dinaikkan RM3,700 berbanding RM3,100 sebelum ini.
Bantuan ini akan diberikan kepada penerima dari kalangan B40 dan M40, mengikut tingkat pendapatan dan bilangan tangungan.
Seperti mana pemberian STR sebelum ini, penerimanya adalah mereka dari kalangan berikut:
- Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bilangan anak 0
- Bilangan anak 1 – 2
- Bilangan anak 3 – 4
- Bilangan anak 5 & ke atas
- Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0
- Bilangan anak 1 – 2
- Bilangan anak 3 – 4
- Bilangan anak 5 & ke atas
- Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Tarikh Pembayaran
Untuk makluman, pemberian STR 2024 akan memanfaat 9 juta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa negara ini. Pihak Kerajaan juga meningkatkan peruntukan STR 2024 kepada RM2 bilion atau 25 peratus iaitu daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion.
Bayaran pertama STR untuk isi rumah tahun hadapan juga dinaikkan kepada RM500. Bagi pembayaran pertama STR 2024, ia akan dibuat sebelum Ramadan atau bulan Februari tahun hadapan.