Pasangan Ibu Bapa Yang Layak Boleh Mohon Bantuan EFS RM1,000. Ini Syarat & Cara Memohon
Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, negeri atau syarikat korporat sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.
Salah satu pakej bantuan yang terbaru adalah Bantuan EFS yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai bantuan tersebut yang anda perlu tahu jika berkelayakan.
Kadar Bantuan
Pemberian sebanyak RM1,000.00
SERTAI CHANNEL TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Syarat Kelayakan
(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Lahir di Sarawak atau di luar Sarawak;
(iii) Kedua-dua atau salah seorang ibu bapa pemegang MyKad berstatus “K”; dan
(iv) Dipohon semasa pendaftaran kelahiran atau dalam tempoh satu (1) tahun selepas kelahiran
(v) Bagi kategori anak angkat:
(a) Kedua-dua atau salah seorang ibubapa angkat pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K’; dan
(b) Mempunyai Sijil Pengangkatan Anak yang sah
Apakah Bantuan EFS?
Endowment Fund Sarawak (EFS) merupakan inistiatif Kerajaan Sarawak dengan pemberian sebanyak RM1,000.00 kepada setiap anak kelahiran Sarawak, bermula tahun 2019 tanpa mengira bangsa, agama atau status sosio-ekonomi.
Objektif Endowment Fund Sarawak (EFS) adalah untuk membantu persediaan melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi dan memulakan karier atau sebagai modal kecil perniagaan.
Dokumen Diperlukan
Cara Daftar
Borang pendaftaran boleh didapati melalui kaedah berikut: –
1) Semua 52 cawangan Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Sarawak
2) Muat turun borang melalui capaian link: https://fuh.my/wp-content/uploads/2022/04/CIF-01-Account-Opening-Form-for-EFS-programme.pdf
3) Pendaftaran boleh juga di buat melalui applikasi mudah alih iSarawakCare yang boleh dimuat turun dari Google Play Store atau Apple App Store
Cara Pengeluaran
Apabila penerima atau akaun telah genap 18 tahun, penerima boleh mengeluarkan Endowment Fund Sarawak (EFS) dengan mengemukakan MyKad ke Bank Islam.
Maklumat Lanjut
Sila hubungi +6082-442050 pada Isnin hingga Jumaat (8.00 pagi – 5.00 petang)