Kerajaan umum Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri bernilai RM500 dan RM250

Lebih dua juta penjawat awam dan pesara kerajaan menerima khabar gembira apabila kerajaan bersetuju memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri.

Bantuan itu adalah sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam termasuk Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah Program Kerja Jangka Pendek (MYSTEP).

Bagi kumpulan pesara kerajaan pula, mereka juga bakal menerima bantuan khas sebanyak RM250.

Menurut Pejabat Perdana Menteri, pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri pada tahun ini dibuat lebih awal daripada tahun-tahun sebelum atas keprihatinan kerajaan dalam membantu mereka membuat persiapan awal menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Advertisement
Advertisement

Oleh itu, pembayaran khas itu akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan Mei iaitu pada 6 Mei ini.

“Pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang penuh cabaran ini.

Kerajaan berharap dengan pemberian bantuan ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara serta dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi,” menurut kenyataan tersebut.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published.