Skim RM1,000 Untuk Keluarga Penerima STR 2024. Berikut Syarat Kelayakan Untuk Memohon

Untuk meringankan beban sesetengah pihak, pihak kerajaan telah menyalurkan bantuan kewangan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara berfasa.

Untuk fasa 2, ia telah disalurkan pada awal April yang lalu. Untuk maklumat semua, bukan setakat itu sahaja manfaat bantuan STR ini.

Ini kerana terdapat satu lagi skim di bawah STR yang mungkin ramai terlepas pandang terutamanya bagi keluarga penerima STR

Tahukah anda? Anda boleh menuntut bantuan tambahan RM1000 terutamanya bagi keluarga penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Bantuan Skim RM1,000

Bantuan skim RM1,000 ini dikenali sebagai Skim Khairat Kematian (SKK) sebagai bantuan tambahan untuk manfaat penerima STR.

Ia merupakan program yang ditawarkan oleh kerajaan bagi membantu rakyat yang mengalami kematian dalam kalangan ahli keluarga penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Permohonan boleh dilakukan bagi skim ini untuk mendapatkan bantuan kewangan untuk menanggung kos pengkebumian dan pengurusan jenazah.

Siapakah Yang Layak Menerima Skim RM1,000 Ini?

Seperti yang diterangkan mengenai konsep skim ini, maka mereka yang layak menerima RM1,000 ini adalah waris kepada penerima STR. Menurut Lembaga Hasil dalam Negeri(LHDN), waris layak menuntut RM1000 dengan syarat penerima STR meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari sehingga 31 Disember 2024.

Kategori Yang Layak Menuntut RM1,000 Tambahan

Berikut merupakan senarai kategori yang layak menuntut RM1,000 ini:

  • Kahwin (bukan warga emas)
  • Ibu atau bapa tunggal/balu/janda/duda (bukan warga emas) yang mempunyai anak
  • Warga emas isi rumah/bujang/tiada pasangan

Maklumat Penting

Sekiranya kedua-dua pemohon dan pasangan telah meninggal dunia atau tidak dapat hadir untuk menuntut wang Skim Khairat Kematian(SKK) atau RM1000 tambahan ini, maka waris yang berdaftar boleh mewakilkan diri untuk mengemukakan tuntutan.

Advertisement
Advertisement

Waris yang layak didaftarkan adalah seperti berikut:  

  1. Pasangan 
  2. Ibu 
  3. Bapa 
  4. Anak (Kandung/Tiri/Angkat) 
  5. Adik-beradik 
  6. Cucu

Tiada had umur kelayakan untuk waris. Walaubagaimanapun, bagi waris yang berumur 17 tahun ke bawah, dokumen pengenalan diri dan pertalian perlu dibawa selain hadir bagi pengesahan cap jari/tandatangan individu di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

Dokumen yang diperlukan untuk tuntut Bantuan Tambahan RM1000

Kepada ahli waris penerima STR, anda perlu menyediakan dokumen yang berikut untuk membuat tuntutan RM1000 :

  • Sijil Kematian Asal / Salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Dokumen ini penting untuk mengesahkan kematian ahli dan tarikh kematian.
  • Dokumen Pengenalan Diri asal Waris. Dokumen ini perlu untuk mengenal pasti waris yang layak menerima bayaran skim khairat kematian. Dokumen yang boleh digunakan termasuk kad pengenalan, pasport, atau sijil kelahiran.
  • Dokumen Sokongan Tambahan (sekiranya perlu). Dokumen ini boleh merangkumi surat kuasa, surat akuan sumpah, atau dokumen lain yang berkaitan dengan status waris atau hubungan dengan ahli yang meninggal dunia.

Semakan Status STR

Semakan Status boleh dibuat di portal rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Bantuan Tambahan Sumbangan Tunai Rahmah boleh layari laman web STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/ atau boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian hotline BKK LHDNM di 1-800-88-2747

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *