Bantuan Tunai RM100 Dikreditkan Setiap Bulan Dalam IC/Mykad Dari Januari Hingga Disember 2024. Ini Syarat Kelayakan & Senarai Penerima

Tahun 2024 merupakan tahun yang mencabar untuk sesetengah pihak kerana pelbagai faktor yang sedang berlaku di peringkat antarabangsa. Cabaran-cabaran yang berlaku ini sentiasa mendapat perhatian kerajaan.

Oleh itu, kerajaan telah memperekenalkan pelbagai bentuk bantuan untuk mereka yang memerlukan. Bantuan kewangan bulanan merupakan salah satu insentif yang diberikan oleh pihak kerajaan.

Bantuan yang dikreditkan terus ke dalam Mykad merupakan salah satu insentif yang baik diperkenalkan oleh kerajaan. Bantuan seperti ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang memerlukan untuk memberi barang keperluan harian.

Berikut merupakan penerangan penuh mengenai bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan:

Bantuan RM100 Secara Bulanan

Berita baik untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Bermula tahun 2024, penerima STR turut akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Melalui data e-Kasih dan JKM, dua kategori baru diperkenalkan iaitu isi rumah miskin dan miskin tegar. Kategori ini layak menerima RM100 sebulan selama 12 bulan di bawah Program SARA mulai Januari 2024 serta juga layak mendapat STR hingga RM2,500 yang bergantung kepada bilangan anak.

Syarat-Syarat & Kriteria-Kriteria Kelayakan Penerima

Berikut merupakan senarai syarat dan kriteria bantuan ini:

  • Warganegara Malaysia;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Bagaimana Bantuan Disalurkan?

Untuk pengetahuan semua, prosedur bantuan ini disalurkan adalah dengan disalurkan atau dikreditkan ke dalam kad pengenalan atau IC atau mykad dengan kadar RM100 setiap bulan selama 12 bulan (jumlah keseluruhan RM1,200).

Advertisement
Advertisement

Ini bermakna ia dikreditkan dari Januari 2024 hingga Disember 2024. Penerima yang layak kemudiannya boleh menggunakan MyKad mereka untuk pembelian barangan keperluan makanan asas di pasaraya/kedai runcit terpilih seluruh negara.

Melalui SARA, penerima hanya perlu ke kedai-kedai runcit untuk membeli keperluan asas hanya dengan menggunakan myKad. Bagi mereka yang ingin membuat semakan status kelulusan, dan maklumat lengkap berkenaan bantuan ini ia boleh diteliti di Portal Rasmi STR – DI SINI.

Apakah data e-Kasih?

Sistem ekasih merupakan sistem pangkalan data bersepadu isi rumah miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. Sistem ini juga dijadikan rujukan oleh kementerian/agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program pembasmian kemiskinan. eKasih diwujudkan susulan daripada keputusan mesyuarat, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 31 Oktober 2007 dan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri pada 1 November 2007. Bertitik tolak dari keputusan itu, ia mula dibangunkan secara in-house oleh ICU JPM dan mula digunakan pada Jun 2008. Melalui mekanisme pendaftaran terbuka eKasih, individu yang ingin mendaftar boleh merujuk kepada Pejabat Daerah atau Jabatan Pembangunan Persekutuan/Pejabat Pembangunan Persekutuan (JPP/PPPN).

Penafian

Lama sesawang ini hanya berkongsi maklumat mengenai bantuan. Segala permohonan dan hal berkaitan perlulah dirujuk dan melayari laman sesawang asal bantuan.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *