Jawatan Kosong FINAS Ambilan Jun 2026: Kelayakan SPM – Diploma

Peluang kerjaya kini dibuka kepada individu yang berkelayakan, bersemangat tinggi dan komited dalam membina masa depan profesional. Hebahan ini ditujukan kepada mereka yang memiliki kemahiran relevan, sikap positif serta keupayaan bekerja dalam persekitaran yang dinamik dan mencabar.

Jawatan yang ditawarkan memberi ruang untuk menimba pengalaman, memperkukuh kemahiran serta mengembangkan potensi diri ke tahap lebih tinggi.

Calon yang berminat digalakkan untuk merebut peluang ini sebagai langkah penting dalam perkembangan kerjaya. Jangan lepaskan peluang untuk memohon dan meneroka prospek pekerjaan yang lebih baik pada masa hadapan.

Jawatan Kosong FINAS (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia)

  1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N5
    • Jenis Jawatan: MySTEP
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Kadar Upah: RM2,100
    • Penempatan: FINAS Petaling Jaya
  2. PEMBANTU TADBIR GRED N1
    • Jenis Jawatan: MySTEP
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Kadar Upah: RM1,900
    • Penempatan: FINAS Petaling Jaya

Kemudahan bagi jawatan MySTEP juga adalah Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP, Caruman SOCSO. Personel MySTEP juga layak membuat tuntutan sekiranya dikehendaki menjalankan tugas rasmi di luar ibu pejabat (Elaun makan, Elaun Harian, Bayaran Sewa Hotel / Elaun Lojing, Elaun Perjalanan Kenderaan).

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak lebih 40 tahun pada tarikh tutup iklan;
  • Mempunyai kelayakan minima Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N5 dan Diploma bagi jawatan Pembantu Tadbir Gred N1;
  • Mempunyai KEPUJIAN (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf;
  • Berkemahiran menggunakan perisian Microsoft Office (Word, Powerpoint dan Excel);
  • Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang baik dan menjadi nilai tambah kepada calon yang boleh menguasai Bahasa Cina dan Bahasa Tamil;
  • Bebas daripada sebarang tindakan tatatertib / bankrap / tiada rekod jenayah;
  • Bersedia melaksanakan tugasan luar kawasan dan fleksibel untuk bekerja diluar waktu pejabat mengikut keperluan program;
  • Mempunyai keupayaan multitasking dan multiskilling dalam melaksanakan kerja; dan
  • Mempunyai asas kemahiran grafik / rekabentuk untuk tujuan penyediaan bahan promosi dan dokumentasi.

Bidang Tugas

PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N5

  • Menyediaan deraf Minit Mesyuarat JK Penilaian Milestone, Mesyuarat Penerbitan (Perbincangan) bersama syarikat dan Mesyuarat Bahagian. (TMG) Person-In-Charge (PIC) projek DKK terutama PIC Projek di bawah Dana Pemasaran / PSA dan lain-lain;
  • Menyediaan slaid projek DKK untuk Mesyuarat JK Penilaian Milestone,Sesi Perbincangan dan Mesyuarat JK Pelulus;
  • Menyediaan deraf surat menyurat/memo/nota minta berkaitan Milestone, UPPP & BPP;
  • Menyelaraskan jemputan malam gala tayangan projek DKK / Sesi Perbincangan Bersama syarikat / Lawatan Pemantauan di peringkat FINAS & KK;
  • Membuat pemantauan projek DKK di lapangan (sekiranya perlu);
  • Penyelarasan bayaran projek Milestone terutama bayaran Dana Mikro dan bayaran panel Milestone / Sesi Perbincangan / Penilai Skrip (Pegawai sandaran (Il) urusan bayaran UPPP);
  • Penyelarasan segala dokumen projek bermasalah (sakit) di bawah seliaan dan serahan ke Unit Perundangan;
  • Mengurus tempahan fasiliti / pawagam bagi sesi tayangan DCP dan penyediaan bahan tayangan;
  • Melaksanakan tugasan berkaitan komponen UPPP dan arahan Pengarah Bahagian / Ketua Unit dari semasa ke semasa;
  • Penyelaras semakan skrip bagi skop JK Milestones untuk sebarang penerbitan kandungan di bawah kategori Dana Kandungan Kreatif FINAS;
  • Penyelaras semakan bahan kandungan offfline untuk skop JK Milestones untuk sebarang penerbitan kandungan di bawah kategori Dana Kandungan Kreatif FINAS;
  • Memandu dan khidmat nasihat terhadap semakan dan pemantau pelaksanaan Milestones projekprojek di bawah Dana Kandungan Kreatif;
  • Membuat pemantaun projek Dana Kandungan Kreatif di laman sosial, media hebahan dan media digital;
  • Melaksanakan arahan dari semasa ke semasa tertakluk pada arahan Ketua Jabatan.

PEMBANTU TADBIR GRED N1

  • Menerima dan menyemak dokumen permohonan dana;
  • Membantu urus setia dalam pelaksanaan mesyuarat jawatankuasa;
  • Membantu penyediaan dokumen pembayaran projek;
  • Membantu dalam memantau pelaksanaan projek dari mula sehingga selesai tutup projek;
  • Membantu pengurusan fail dan dokumen;
  • Melaksanakan kerja-kerja perkeranian;
  • Menerima arahan dari semasa ke semasa apabila diperlukan.

Cara Memohon

Bagi permohonan jawatan-jawatan ini, calon hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen berikut:

  • Resume / CV terkini (termasuk gambar berukuran passport);
  • Salinan sijil kelahiran;
  • Salinan kad pengenalan (depan dan belakang) diimbas (scan) terlebih dahulu dan disimpan sebagai (.pdf atau .jpeg); dan
  • Salinan SPM/ Diploma/ Ijazah (dilampirkan bersama transkrip);
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah.

Dokumen-dokumen itu hendaklah dihantar ke alamat e-mel: psm@finas.my.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Maklumat yang diberikan hendaklah tepat, terkini dan sahih. Info lebih terperinci dan rasmi berkenaan kekosongan jawatan-jawatan ini, sila layari media sosial rasmi FINAS – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *