Jawatan Kosong Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM): Tawaran gaji permulaan RM2,250
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kini sedang membuka pengambilan kekosongan jawatan terkini untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan.
Calon-calon adalah disarankan supaya meneliti hebahan kekosongan jawatan ini, bagi mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan jawatan yang ditawarkan beserta maklumat-maklumat penting lain. Berikut adalah maklumat berkenaan kekosongan jawatan- jawatan yang dibuka: –
Jawatan Kosong Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
PEGAWAI TADBIR (N9)
- Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
- Gred Jawatan : N9
- Taraf Jawatan : Kontrak
Syarat – Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N9: RM2,250.00); atau
- Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N9: RM2,470.00).
- Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia (SPM);
- Mempunyai pengalaman bekerja berkaitan;
- Fasih berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kebolehan berkomunikasi dalam bahasa lain adalah satu kelebihan;
- Boleh bekerja di bawah penyeliaan yang minimum, bekerja pada hujung minggu dan boleh bertugas di luar kawasan (keutamaan kepada yang mempunyai kenderaan sendiri);
- Keutamaan calon yang mahir dalam teknologi maklumat, pengurusan akademik dan/atau pengurusan aktiviti jaringan dan penjanaan.
Deskripsi Tugas
- Bertanggungjawab mengurus dan melaksana pengurusan hal-ehwal akademik dan pelajar bagi memastikan operasi organisasi berjalan lancar;
- Bertanggungjawab merancang dan menguruskan aktiviti jaringan dan penjanaan bagi mencapai sasaran hasil Universiti.
Cara Memohon
Kepada calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan yang ditawarkan ini boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan.
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui pautan hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Calon perlulah hanya memohon jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan dan memberikan maklumat yang benar serta tepat bagi memudahkan urusan permohonan jawatan yang dibuka.
Tarikh tutup permohonan pada 25 Disember 2024.
Maklumat terperinci berkenaan kekosongan jawatan dan permohonan boleh diteliti DI SINI.
Info Tambahan
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditubuhkan pada 1970 dan telah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar untuk pembelajaran dan keilmuan. Ia juga berjaya melahirkan para intelektual dan cendekiawan yang menjadi kebanggaan negara.
Bermula dengan hanya tiga fakulti, UKM telah berkembang pesat dan kini UKM mempunyai 14 fakulti, 2 pusat pengajian, 13 institut penyelidikan dan dua entiti komersial iaitu UKM Holdings Sdn. Bhd dan UKM Technology Sdn. Bhd. UKM bukan sahaja telah berkembang dari segi saiz, ia juga kini tersohor sebagai sebuah institusi penyelidikan dalam pelbagai bidang termasuk mengoperasikan pelbagai pusat penyelidikan.
Menyedari perubahan yang berlaku dalam lanskap akademik, UKM mengambil langkah mengatasinya. Salah satunya adalah melalui e-Pembelajaran bagi mempersiapkan pelajar melalui sistem pengajaran yang inovatif dan kurikulum yang berpandangan ke hadapan serta dapat memenuhi tuntutan keperluan ekonomi baru.
Kedua, UKM memupuk penyelidikan yang menawarkan solusi terhadap masalah yang mendesak dan pada masa yang sama terlibat dengan masyarakat dan industri, sebagai inisiatif pembangunan lestari baik di peringkat nasional mahupun antarabangsa.
Kini, hasrat UKM untuk menjadi sebuah universiti yang “Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan” diterjemahkan melalui Pelan Strategik UKM 2019-2021. Pelan Strategik UKM 2019-2021 yang berkonsepkan “House of Quality” menggariskan lima (5) teras utama, iaitu Penyelidikan, Akademik, Antarabangsa, Bakat dan Kewangan yang akan menjadi paksi bagi melonjakkan lagi UKM pada peringkat tempatan dan antarabangsa selaras dengan visi dan misi UKM yang bertemakan “Kualiti Teras Kebitaraan Universiti.”