BPR Fasa 3 dari RM100 hingga RM1,400: Syarat – syarat & tarikh pembayaran

Melalui Belanjawan 2021, pelbagai inisiatif telah diperkenalkan dan ia termasuklah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

BPR pada asasnya diperkenalkan bagi meringankan beban mereka yang terjejas dari kalangan B40 dan M40 di negara ini.

Untuk peringkat Fasa 1 dan 2 BPR, ia telah pun selesai dibayar kepada yang layak pada bulan Februari dan Mei lalu. Makanya, tinggal satu lagi fasa yang belum dibayar kepada penerima iaitu untuk Fasa 3.

Kadar Bayaran

Bagi BPR Fasa 3 – ia hanya akan melibatkan golongan isi rumah yang berpendapatan kurang dari RM2,500 sehingga RM5,000 sebulan.

Advertisement
Advertisement

Oleh itu, golongan bujang tidak tersenarai sebagai penerima BPR Fasa 3.

Ia juga mempunyai jumlah pembayaran yang berbeza berdasarkan status penerima BRP 2021 iaitu:-

Isi rumah yang menerima bayaran Fasa 1 BPR 2021:

Permohonan Baharu BPR 2021/Bukan Penerima Fasa 1: 

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan kenyataan dari Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan PEMULIH – pembayaran BPR Fasa 3 akan dilaksanakan pada bulan September 2021.

Berkenana dengan tarikh pembayaran, ia akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Bagi maklumat lebih lanjut berkenaan BPR, boleh rujuk di laman rasmi BPR – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *