Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.
Antara bantuan itu adalah apa yang diperkenalkan di bawah iSejahtera oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada mereka yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Salah satu bantuan bantuan yang ada di bawah iSejahtera adalah Program Suri Emas dengan jumlah sebanyak RM100 secara ‘one-off’ setahun sekali.
Berikut ialah penerangan lanjut berkenaan bantuan kewangan ini: –
Syarat-syarat Kelayakan
Warganegara Malaysia;
Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang. KLIK UNTUK SEMAKAN DAFTAR PEMILIH;
Pemohon merupakan suri rumah dan tiada pendapatan tetap;
Wanita masih berumahtangga.;
Pemohon mestilah berumur bawah 60 tahun semasa mendaftar.
Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan Program Suri Emas, permohonan bantuan ini boleh dilaksanakan secara atas talian (online) melalui Portal Rasmi iSejahtera.
Advertisement
Advertisement
Pemohon juga perlu menyediakan dokumen-dokumen sokongan berikut bagi tujuan permohonan:
Salinan Kad Pengenalan Pemohon;
Salinan Kad Pengenalan Suami;
Salinan Sijil Perkahwinan;
Salinan penyata bank terkini/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. Pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif;
Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).
Pembayaran bantuan ini kemudiannya akan dilaksanakan secara berperingkat.
Untuk membolehkan pemohon menerima sumbangan bagi tahun semasa, pendaftaran pemohon mestilah lengkap dan disahkan sebelum 30 Jun pada setiap tahun.
Pendaftaran yang disahkan selepas tarikh 30 Jun akan menerima bayaran sumbangan pada tahun berikutnya.
Maklumat lebih teliti berkenaannya boleh dirujuk di portal rasminyaDI SINI.