Antaranya adalah Bantuan Khas Kewangan yang diberikan kepada mereka yang layak dengan nilai tertentu seperti mana ditetapkan oleh Belanjawan Negeri masing-masing.
Berikut ialah penerangan lanjut berkenaan bantuan kewangan ini: –
Bantuan Khas Kewangan RM1,500
Antara negeri yang memberikan Bantuan Khas Kewangan adalah Kelantan iaitu sebanyak RM1,500 secara one-off kepada mereka yang berkelayakan.
Menurut kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, bantuan dengan peruntukan sebanyak RM13 juta itu akan diberikan kepada semua penjawat awam negeri berkenaan.
“Memandangkan prestasi kewangan kerajaan negeri memberangsangkan dan kita mencatatkan belanjawan lebihan selama lima tahun berturut-turut, sudah sampai masanya kita menghargai penjawat awam yang bekerja bersungguh-sungguh.
“Kita bersetuju memberi bantuan khas kepada penjawat awam RM1,500. Bantuan khas ini paling tinggi direkodkan untuk penjawat awam negeri,” katanya Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada November 2022 lalu.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Baca juga:
Tarikh Pembayaran
Bagi tarikh pembayaran bantuan ini, ia akan disalurkan pada bulan Januari 2023 seperti mana yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri.
Dalam perkembangan lain, Kerajaan Negeri Terengganu turut memperkenalkan bonus sebanyak RM900 kepada para penjawat awam negeri berkenaan.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata pembayaran bantuan itu akan dilaksankan pada bulan Januari ini dan akan membabitkan 14,000 penerima.
“Sebagai menghargai jasa penjawat awam yang berperanan menggerakkan pentadbiran kerajaan, saya dengan ini mengumumkan pemberian bonus sebanyak RM900 kepada kira-kira 14,000 penjawat awam yang layak,” katanya.