Senarai penerima Bantuan Khas Kewangan RM700 yang dibayar pada bulan Januari hadapan

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Antaranya adalah Bantuan Khas Kewangan (BKK) yang diberikan kepada mereka yang layak dengan nilai tertentu seperti mana ditetapkan oleh Belanjawan Negeri masing-masing.

Berikut ialah penerangan lanjut berkenaan bantuan kewangan ini: –

Bantuan Khas Kewangan RM700

Pada 20 Disember 2022 lalu, Kerajaan Negeri Perlis telah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM700 kepada penjawat awam negeri berkenaan bermula dari Gred 54 dan ke bawah.

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dalam kenyataannya berkata, pemberian bantuan berkenaan adalah untuk menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam negeri itu yang telah berusaha bersungguh-sungguh dalam memastikan jentera pentadbiran kerajaan negeri berjalan lancar.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Baca juga:

Tarikh Pembayaran

Berkenaan dengan tarikh pembayaran bantuan, ia akan disalurkan kepada setiap penerima pada bulan Januari tahun hadapan.

Dalam perkembangan lain, Kerajaan Negeri Sembilan juga memperkenalkan bantuan sama, tapi dengan jumlah berbeza iaitu sebanyak satu bulan setengah gaji atau minimum RM2,500.

Bantuan kewangan itu akan dibayar sebanyak dua kali iaitu pada awal Januari dan minggu pertama April 2023.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menurut laporan BH Online berkata, bantuan berkenaan adalah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada penjawat awam negeri itu, yang sentiasa komited dalam melaksanakan tugas diamanahkan.

“Diharapkan bantuan khas kewangan ini dapat menyuntik semangat semua penjawat awam untuk bekerja dengan lebih gigih lagi,” katanya, di Persidangan Keempat (Belanjawan) Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri (DUN), Negeri Sembilan Ke-14.

Sumber: Utusan Malaysia & BH Online.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *