Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.
Antara bantuan itu adalah Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) daripada RISDA yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2022 kepada mereka yang berkelayakan.
Berikut ialah penerangan lanjut berkenaan bantuan kewangan ini: –
Kadar Bantuan Musim Tengkujuh
Kadar bantuan ini yang ditetapkan adalah sebanyak RM600 kepada para pekebun kecil / penoreh getah dan seorang penerima hanya layak untuk menerima bantuan ini sekali sahaja.
Syarat-syarat Kelayakan
Warganegara Malaysia;
Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA;
Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar;
Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik;
1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja (sama ada pemilik tanah atau penoreh);
Seorang penerima hanya layak menerima bantuan sekali sahaja;
Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).
Berkenaan dengan tarikh pembayaran BMT, ia dilaksanakan secara dua fasa iaitu pada bulan November dan Disember 2o22.
Setiap fasa pula akan melibatkan pembayaran sebanyak RM300 dengan jumlah keseluruhan RM600.
Permohonan BMT telah dibuka bermula pada 05 Mei sehingga 15 September 2022. Manakala, tempoh rayuan pula ditetapkan dari 16 September sehingga 31 Oktober 2022.
Bagi yang telah mengemukakan permohonan, semakan kelulusan boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Permohonan BMT.
Maklumat lebih teliti berkenaan bantuan ini, ia boleh dilihat di Portal Pekebun Kecil Makmur RISDA – DI SINI.