Bantuan RM8,000 secara ‘one-off’ untuk setiap penerima BKM: Ini syarat-syarat & Cara memohonnya

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satunya adalah Skim mySalam iaitu sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam.

Berikut adalah maklumat lebih teliti berkenaan bantuan kewangan ini: –

Manfaat mySalam

Manfaat utama mySalam adalah pembayaran tunai RM8,000 yang dibayar sekali (one-off) apabila didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal.

Senarai penyakit kritikal yang dilindungi mySalam boleh dirujuk di Portal Rasmi mySalam.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur antara 18 hingga 65 tahun;
  • Penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022:
    • Berumur antara 18 hingga 65 tahun;
    • Individu bujang berumur antara 21 tahun dan 65 tahun;
    • Individu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Baca juga:

Cara Memohon

Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan mySalam, tuntutan penyakit kritikal boleh dilaksanakan mengikut tatacara berikut:

Advertisement
Advertisement
  • Langkah 1: Layari Portal Rasmi mySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
  • Langkah 2: Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal
  • Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’
  • Langkah 4: Log masuk ke Portal Rasmi mySalam dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.
  • Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format .pdf atau .jpeg
    • Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
    • Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
  • Langkah 6: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

Maklumat lebih teliti berkenaannya boleh dirujuk di portal rasminya DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *