RM500 Dikreditkan Ke Akaun Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat Lengkap BKK 2025

Penjawat awam memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran pentadbiran negara dan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Mereka terdiri daripada pelbagai sektor, termasuk pendidikan, kesihatan, keselamatan, serta perkhidmatan kerajaan di peringkat persekutuan, negeri, dan daerah.

Setiap individu dalam perkhidmatan awam bertanggungjawab untuk menjalankan tugas dengan amanah, cekap, dan berintegriti bagi memastikan kebajikan rakyat serta pembangunan negara terus berkembang.

Di Malaysia, penjawat awam bukan sahaja melaksanakan dasar-dasar kerajaan, tetapi juga menjadi penghubung utama antara kerajaan dan masyarakat. Tanpa sumbangan mereka, banyak aspek kehidupan harian rakyat mungkin terjejas, seperti perkhidmatan kesihatan di hospital awam, pendidikan di sekolah kerajaan, serta keselamatan melalui pasukan polis dan tentera. Oleh itu, sektor awam menjadi satu elemen penting dalam menjamin kestabilan dan kemajuan negara.

Selain itu, penjawat awam turut diberikan pelbagai kemudahan dan keistimewaan sebagai penghargaan terhadap sumbangan mereka. Antaranya termasuk skim pencen, kemudahan pinjaman perumahan, insurans kesihatan, serta pelbagai elaun yang membantu mereka menjalani kehidupan lebih selesa.

Walau bagaimanapun, mereka juga berdepan cabaran seperti perubahan dasar, beban kerja yang semakin meningkat, dan keperluan untuk sentiasa meningkatkan kemahiran bagi memenuhi tuntutan semasa. Secara keseluruhannya, penjawat awam adalah aset negara yang perlu dihargai. Dengan kecekapan dan dedikasi mereka, sistem pentadbiran negara dapat berfungsi dengan baik, seterusnya memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia.

Prihatin dengan perkara itu, pihak Kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Khas Kewangan bagi tahun 2025 ini. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan itu: –

Bantuan Khas Kewangan (BKK)

Di bawah Belanjawan 2025, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Kewangan atau BKK kepada para penjawat awam. Kadar bantuan khas itu adalah seperti berikut:

  • RM500 : Diberikan kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak;
  • RM250 : Akan diberikan kepada semua pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

“Sukacita saya mengumumkan, Kerajaan bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak. Bantuan Khas Kewangan turut diberikan kepada semua pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen sebanyak RM250,” petikan ucapan Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2025.

Bagi tahun 2025, secara lebih terperinci – mereka yang layak menerima Bantuan Khas Kewangan adalah seperti berikut:

  • pegawai lantikan tetap, sementara dan lantikan kontrak (Contract of Service dan Pekerja Sambilan Harian);
  • pegawai yang bercuti bergaji penuh;
  • pegawai yang bercuti separuh gaji;
  • pegawai yang bercuti tanpa gaji; dan
  • pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya, yang mana BKK ini akan dibayar oleh agensi yang meminjam pegawai berkenaan;
  • personel MySTEP yang masih berkhidmat pada 25 Februari 2025;
  • guru interim;
  • pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Utama B dan ke atas serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya.

Manakala, mereka yang tidak layak menerima bantuan ini adalah seperti senarai berikut:

  • pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi termasuk pegawai yang memangku, dipinjam/ tukar sementara dan secara penempatan khas ke Gred Utama/ Gred Khas;
  • pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib buang kerja atau turun pangkat dalam tempoh 1 Januari 2025 hingga 25 Februari 2025;
  • pegawai yang tidak hadir bertugas secara berterusan tanpa cuti, atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran Ketua Jabatan, atau tanpa sebab yang munasabah sepanjang tempoh 1 Januari 2025 hingga 25 Februari 2025;
  • pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dalam tempoh 1 Januari 2025 hingga 25 Februari 2025;
  • pegawai yang meletak jawatan dalam tempoh 1 Januari 2025 hingga 25 Februari 2025;
  • pegawai berpencen yang melepaskan hak pencen kerana menyertai Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan (BBDS).

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Pembayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK)

Pembayaran bantuan ini akan dibuat secara kredit terus ke akaun penerima pada 25 Februari 2025. Oleh kerana bantuan ini diberikan secara automatik, ia tidak melibatkan sebarang permohonan.

“Untuk perhatian YBhg. Datuk Seri/ Dato’ Sri/ Datuk Wira/ Dato’ Indera/ Datuk/Dato’/YBrs. Dr./Tuan/Puan, BKK Tahun 2025 ini akan dibayar pada 25 Februari 2025, dan menjadi tanggungan jabatan di mana pegawai berkhidmat pada tarikh pembayaran tersebut. Pemberian BKK ini akan dikecualikan cukai pendapatan selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 127(3A) Akta Cukai Pendapatan 1967,” petikan dari Surat Edaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2025, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *