Bantuan KWSP RM500 untuk pencarum berkelayakan: Dikreditkan secara automatik & senarai penerima
Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.
Antaranya adalah bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 seperti mana yang telah dibentangkan di Parlimen pada bulan Februari lalu.
Ini adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan yang telah diperkenalkan itu:-
Bantuan KWSP RM500
Semasa pembentangan Belanjawan 2023, pihak Kerajaan telah mengumumkan bantuan RM500 kepada para ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berkelayakan.
Bantuan RM500 itu akan dicarumkan ke dalam simpanan Akaun 1 ahli KWSP berumur antara 40 hingga 54 tahun dengan syarat mereka memiliki baki simpanan kurang RM10,000 dalam akaun masing-masing.
Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha Kerajaan bagi membantu mereka membina semula simpanan persaraan yang berkurangan susulan pengeluaran-pengeluaran sebelum ini.
“Kerajaan beriltizam membantu rakyat membina semula simpanan persaraan mereka bagi memastikan simpanan yang ada kelak mencukupi untuk membiayai hari persaraan,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Insentif Persaraan (i-Saraan)
Dalam masa sama, pihak Kerajaan turut memperkenalkan Insentif Persaraan (i-Saraan) yang membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan golongan yang tiada pendapatan tetap untuk membuat caruman secara sukarela untuk tujuan persaraan.
Menariknya, mereka juga layak untuk menerima caruman tambahan sebagai insentif daripada pihak kerajaan.
Bagi info yang lebih teliti tentang bantuan kewangan ini, sila lihat di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.