Bantuan kewangan kepada golongan B40: Ini cara memohon bantuan bulanan BKK RM1,000
Pihak kerajaan melalui pelbagai kementerian dan jabatannya telah memperkenalkan banyak bantuan dan inisiatif bagi membantu mereka yang memerlukan.
Antara bantuan-bantuan itu adalah di bawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang memperkenalkan sebuah bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Kanak-Kanak (BKK). Ini adalah penerangan berkenaan BKK: –
Nilai Bantuan
BKK pada asasnya merupakan sebuah bantuan kepada keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.
Nilai bantuan BKK adalah dari RM150 sehingga RM1,000 dengan pembahagian berikut:
- RM200 seorang: Bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah;
- RM150 seorang: Bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun;
- RM1,000: Kadar bantuan maksimum bagi keluarga sebulan.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
- Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas; ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).
Cara Memohon
Untuk yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh JKM, permohonan bantuan BKK boleh dikemukakan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian terdekat.
Bagi memudahkan proses permohonan bantuan, pemohon dikehendaki membawa dokumen-dokumen berikut ketika ke Pejabat Kebajikan Masyarakat:
- Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
- Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama;
- Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama;
- Salinan penyata gaji (jika ada);
- Lain-lain dokumen yang berkaitan.
Maklumat lanjut dan teliti berkenaan BKK, sila baca – DI SINI.