Pendapatan keluarga bawah RM3,000: Jangan lupa memohon bantuan e-Wallet RM300 setiap bulan

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satunya termasuklah sebuah bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) sebanyak RM300 setiap bulan dalam bentuk sumbangan e-Wallet.

E-Wallet berkenaan boleh digunakan di kedai serta pasaraya berdaftar bagi membeli barangan keperluan asas. Ini adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini: –

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor lebih 10 tahun;
  • Pemilih berdaftar di Negeri Selangor;
  • Keluarga mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah;
  • Pendapatan isi rumah bawah RM3,000/sebulan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan BINGKAS boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi BINGKAS.

Pemohon juga hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen sokongan berikut bagi ketika membuat permohonan:

Advertisement
Advertisement
  • Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan);
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan);
  • Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal);
  • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara);
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta);
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).;
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).

Bagi maklumat lengkap tentang BINGKAS dan permohonan, ia boleh diteliti DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published.