Kerajaan beri peruntukan RM2 juta: Ini cara memohon sehingga RM10,000 di bawah MPPK 2.0

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satunya termasuklah melalui sebuah program yang dikenali sebagai Program Pembiayaan Mikro-i untuk Penjaja dan Peniaga Kecil (MPPK 2.0) Bank Rakyat.  Dalam masa sama bagi MPPK 2.0 ini,  pihak Kerajaan telah memberikan peruntukan sebanyak RM2 juta.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan program ini:

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 hingga 60 tahun;
  • Terbuka kepada individu;
  • Penjaja atau peniaga kecil yang menjalankan perusahaan mikro secara sepenuh masa;
  • Mempunyai lessen, permit, daftar perniagaan yang sah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);
  • Bagi pelanggan informal surat pengesahan berniaga daripada ketua komuniti perlu diperoleh;
  • Tidak muflis;
  • Jenis pemilikan perniagaan yang dibenarkan adalah:
    • Pemilik Tunggal
    • Persendirian
    • Perkongsian
  • Aktiviti perniagaan yang dijalankan wujud/nyata dan tidak bertentangan dengan Syariah;
  • Tidak mempunyai rekod pembiayaan terjejas (NPF) MPPK-i dan SBR kecuali jika rekod tersebut berlaku semasa pandemik COVID-19 (bermula Mac 2020) permohonan boleh dipertimbangkan;
  • Digalakkan untuk mempunyai Akaun Simpanan-i di Bank Rakyat;
  • Semakan kredit – Dikecualikan daripada semakan Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit (CCRIS) atau agensi pelaporan kredit CTOS Data Systems Sdn. Bhd bagi tujuan kelulusan;
    • Semakan CCRIS dilakukan bagi mendapat maklumat pelanggan sahaja. Rekod tunggakan bayaran ansuran pelanggan di laporan CCRIS tidak diambil kira dalam proses kelulusan pembiayaan pelanggan.
    • Pelanggan yang telah disenarai hitam oleh Bank Rakyat adalah tidak layak memohon produk ini.
    • Advertisement
      Advertisement
  • Sijil penyertaan kursus latihan keusahawanan daripada mana-mana agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP);
  • Menjalankan perniagaan atau perusahaan secara dalam talian;
  • Sokongan atau surat pengesahan berniaga daripada Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil atau sokongan pemimpin masyarakat/ketua komuniti. Perlu mendapatkan surat sokongan daripada Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil yang berdaftar dengan pendaftar pertubuhan atau sokongan mengesahkan pemilik berniaga sama ada di premis/kediaman daripada pemimpin masyarakat semasa membuat permohonan seperti berikut:
    • Pemimpin Masyarakat/Ketua Komuniti: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)/Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) atau Pegawai Daerah atau Ketua Kampung atau Penghulu/ Penggawa/Tok Batin/
    • Persatuan: Pengerusi/Yang Dipertua atau Timbalan Pengerusi atau Setiausaha atau Ketua Cawangan.

 

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Kadar Pembiayaan Ditawarkan

Menurut Bank Rakyat, untuk pelanggan yang diklasifikasikan sebagai mikro, pembiayaan yang ditawarkan adalah sehingga RM10,000. Manakala, untuk pelanggan informal – pembiayaan yang ditawarkan ialah sehingga RM5,000.

Namun begitu, ia masih bergantung kepada keperluan perniagaan dan keupayaan bayaran ansuran pelanggan.

Untuk maklumat lengkap berkenaan MPPK 2.0 sila rujuk di Portal Rasmi Bank Rakyat atau di PAUTAN INI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published.