Senarai penuh penerima Bantuan Musim Tengkujuh RM800: Ini tarikh pembayarannya

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan bagi membantu mereka yang berkelayakan dan memerlukan.

Ia termasuklah sebuah bantuan kewangan yang dikenali sebagai Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) kepada mereka yang layak dan memerlukan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan BMT: –

Bantuan Musim Tengkujuh

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) adalah bantuan kewangan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah Belanjawan 2023. Bantuan ini juga telah dinaikkan kepada RM800, berbanding RM600 pada tahun sebelumnya.

Advertisement

Bantuan ini diberikan bagi tujuan meringankan beban kewangan pekebun kecil atau penoreh getah yang berkelayakan semasa menghadapi musim tengkujuh.

Syarat-syarat Kelayakan

Pekebun Kecil (Pemilik Tanah Yang Memiliki dan Mengusahakan Lot Bertanam Getah)

  • Warganegara Malaysia
  • Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA
  • Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah antara 0.1 hingga 2.5 hektar
  • Pemilik tanah yang sah
  • 1 lot tanah hanya seorang pemilik/penama sahaja yang layak menerima bantuan
  • Advertisement

Penoreh (Bukan Pemilik Tanah)

  • Warganegara Malaysia
  • Penoreh yang berdaftar dengan RISDA
  • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar
  • 1 lot tanah hanya seorang penoreh/penama sahaja yang layak menerima bantuan
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah ketika permohonan dibuat

Pembayaran BMT

Pembayaran bantuan ini akan dibuat sebanyak empat kali dari  bulan November 2023 sehingga Februari 2024. Bayaran RM200 dikreditkan setiap bulan dengan kadar keseluruhan RM800.

Pembayarannya pula akan dibuat secara kredit terus ke akaun penerima yang layak dan diluluskan permohonannya.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Bagi yang ingin semakan kelulusan, ia boleh dibuat – DI SINImanakala maklumat lengkap berkenaan bantuan ini boleh dirujuk di Portal Rasmi RISDA – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *