Sumbangan Asas Rahmah (SARA): Senarai mereka yang layak terima RM1,200 dan RM600
Pada setiap tahun, pihak Kerajaan akan membentangkan belanjawan untuk dimanfaatkan kepada pembangunan negara dan rakyat. Bagi Belanjawan 2024, pihak Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan kewangan kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan.
Khususnya kepada golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40). Antaranya adalah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan berikut penjelasannya: –
Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Sumbangan Asas Rahmah atau SARA adalah sebuah bantuan tambahan kepada para penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Bagi tahun 2024 ini, pemberian SARA dijangka akan memanfaatkan lebih 700,000 orang penerima dengan peruntukan sebanyaj RM700 juta berbanding tahun 2023, iaitu hanya 210,000 penerima dengan perbelanjaan RM130 juta.
Penambahbaikan SARA bagi tahun ini termasuklah: memperluas penerima yang layak untuk SARA merangkumi golongan miskin dan miskin tegar, berbanding tahun 2023 yang hanya terhad kepada miskin tegar; meningkatkan kadar bantuan untuk isi rumah SARA kepada RM1,200 berbanding RM600 pada tahun 2023. Manakala, kadar untuk golongan bujang kekal RM600; dan mengambil kira maklum balas penerima, penggunaan kredit program SARA diperluas daripada hanya makanan asas kepada tiga kategori barangan asas tambahan iaitu barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan.
Jumlah SARA pula adalah sebanyak RM1,200 (kepada isi rumah) dan RM600 (kepada bujang) yang menepati syarat-syarat berikut:
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
Pembayaran SARA
Untuk makluman pelaksanaan SARA telah pun dimulai pada 22 Januari 2024 lalu. Akan tetapi, pelaksanaannya akan melalui dua kaedah iaitu:
- Penerima daripada negeri Semenanjung Malaysia (selain Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan)
- Penerima akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 / RM50 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari 2024 – Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima.
- Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan
- Bayaran RM600 / RM300 dua kali setahun (19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024) mengikut kategori melalui pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran STR 2024.
Advertisement
Bagi penerima di Semenanjung Malaysia, pembayaran SARA yang dibuat ke dalam MyKad boleh digunakan untuk membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara. Pada ketika ini, terdapat lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), Lulu Supermarket, serta pasar raya dan pasar mini bebas.
Kategori produk yang diluluskan itu pula adalah seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.
Tatacara membeli barangan dengan menggunakan MyKad pula adalah seperti berikut:
- Pilih Barangan Keperluan: Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan: Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
- Imbas Kod Barangan Imbas Kod Barangan: Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Menggunakan MyKad Bayar Menggunakan MyKad: Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
- Simpan Resit Untuk Semakan Simpan Resit Untuk Semakan: Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
Dimaklumkan juga bahawa penerima SARA yang layak akan dimaklumkan melalui Sistem Pesanan Ringkas / aplikasi WhatsApp (SMS) daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.
Perlu diberitahu juga bahawa pembelian adalah terhad kepada barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan sahaja. Pembelian selain barangan tersebut dan pembelian melebihi baki semasa SARA dalam MyKad perlu dibayar oleh penerima.
Bagi mereka yang ingin membuat semakan status dan mendapatkan maklumat lengkap berkenaan bantuan SARA ini, ia boleh diteliti di Portal Rasmi STR – DI SINI.