Bantuan Khas Duit Raya RM250-RM500 Dikreditkan Jumaat Ini (5 April 2024). Berikut Senarai Kategori Penerima

Lagi beberapa hari lagi, kita akan menyambut Aidilfitri merupakan yang merupakan perayaan yang sangat ditunggu rakyat Malaysia. Ini kerana semua berpeluang untuk mengisi masa bersama keluarga dan sanak-saudara yang tersayang.

Oleh itu, bantuan kewangan sangat diperlukan bagi sesetengah pihak untuk memenuhi perayaan ini. Pihak kerajaan/negeri sangat prihatin dengan keadaan begini. Oleh itu, terdapat bantuan/insentif/bonus yang disediakan bagi kumpulan tertentu agar memberi kegembiraan kepada mereka.

Bantuan Kewangan Aidilfitri RM250-RM500

Berita baik untuk kategori berikut apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah yang akan dibayar pada Jumaat ini.

Selain itu, kerajaan juga bersetuju menyalurkan BKK Aidilfitri kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta tidak berpencen.

Senarai Kategori Penerima

Berikut merupakan senarai kategori penerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri:

  • Penjawat awam Gred 56 ke bawah
  • Semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta tidak berpencen.

Jumlah Bantuan

Seperti yang telah diumumkan, kerajaan akan menyalurkan bantuan kewangan sebanyak:

  • RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.
  • RM250 kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen

Tarikh Bantuan Disalurkan

Berdasarkan pengumuman Perdana Menteri, Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri akan disalurkan mulai Jumaat ini bersamaan 5 April 2024.

Advertisement
Advertisement

Petikan Pengumuman PM

“Jadi hari ini, bersamaan 21 Ramadan 1445, saya umumkan, kerajaan bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.

“Sebanyak RM250 BKK Aidilfitri kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen, insya-Allah saya sudah maklumkan kepada Perbendaharaan supaya BKK Aidilfitri disalurkan mulai Jumaat ini, 5 April 2024,”

Bantuan-Bantuan Aidilfitri Negeri

  • Johor: Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,500 sempena Hari Raya Aidilfitri telah diumumkan oleh kerajaan negeri Johor kepada semua penjawat awam negeri tersebut.
  • Selangor: Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebulan gaji atau minimum RM1,000 sempena Aidilfitri akan dikreditkan penjawat awam di negeri Selangor. Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Bantuan Mahabbah Ramadan itu yang membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM45 juta akan disalurkan pada 8 April depan.
  • Pulau Pinang: Kerajaan Pulau Pinang meluluskan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) 2024 sebanyak setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM1,200 kepada seluruh anggota perkhidmatan awam negeri itu.
Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *