Pendapatan Isi Rumah RM3,000 & Ke Bawah: Ini Bantuan RM300 Dikreditkan Setiap Bulan

Bantuan bulanan merupakan inisiatif yang penting untuk mereka yang memerlukan. Antara golongan yang memerlukan adalah mereka yang berpendapatan kurang dari RM3,000 sebulan.

Kerajaan/negeri ada menyediakan insentif berbentuk kewangan bagi memberi berita gembira kepada golongan tersebut. Pada masa sama ia dapat menaikkan taraf kehidupan mereka setiap bulan.

Salah satu bantuan yang diperkenalkan adalah seperti yang diterangkan berikut:

Bantuan Bulanan RM300

Bagi menguktiraf peranan keluarga, Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Ia merupakan program baharu yang memberikan bantuan sebanyak RM3,600 setahun ataupun RM300 sebulan kepada setiap keluarga yang layak pasca COVID-19.

BINGKAS boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti membeli barangan keperluan rumah, pembayaran yuran dan juga pendidikan anak-anak serta menyara keperluan hidup.

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang akan disalurkan adalah RM300 sebulan selama 12 bulan, iaitu berjumlah RM3,600.

Syarat-Syarat Kelayakan

Bantuan ini diperuntukkan untuk keluarga dan ibu tunggal, termasuk yang menerima bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan KISS Ibu Tunggal (KISS-IT) sebelum ini.

Dengan program BINGKAS, bukan sahaja ibu miskin akan mendapatkan bantuan tetapi keluarga-keluarga miskin lain yang tercicir sebelum ini boleh dirangkumi sekali.

Syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
  • Pemilih berdaftar di Negeri Selangor
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah; dan
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000.00 sebulan.

Manfaat Bantuan

BINGKAS boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti membeli barangan keperluan rumah, pembayaran yuran dan juga pendidikan anak-anak serta menyara keperluan hidup.

  1. eWallet BINGKAS boleh digunakan di kedai serta pasar raya berdaftar
  2. Advertisement
    Advertisement
  3. Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (cashless)
  4. eWallet akan ditambah nilai secara automatik setiap bulan sebanyak RM300
  5. Antara barang keperluan asas yang diluluskan untuk pembelian adalah seperti berikut:
    • Roti
    • Biskut
    • Telur
    • Beras
    • Gula & Garam
    • Buah-buahan dan sayuran
    • Daging, ayam dan ikan
    • Minyak masak
    • Tepung
    • Lampin
    • Sabun, kelengkapan mandian
    • Barangan persekolahan

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Pendaftaran Ahli

  • Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan)
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan)
  • Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal)
  • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).

NOTA: Setiap permohonan akan disemak oleh ADUN dan Selcare. Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui e-mel.

Bantuan-Bantuan Lain

Kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan BINGKAS boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi BINGKAS.

Pemohon juga perlu mengemukakan dokumen-dokumen sokongan seperti mana yang ditetapkan ketika membuat permohonan. Bagi maklumat lengkap tentang BINGKAS dan permohonan, ia boleh diteliti DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *