Kekosongan Jawatan Pekerja Sambilan Harian Gred N19 Di UTM. Kadar Upah RM54 Sehari
Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.
Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.
Maklumat Majikan
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merupakan sebuah universiti di Malaysia. Namanya ditukar daripada Institut Teknologi Kebangsaan kepada Universiti Teknologi Malaysia pada 1 April 1975.
Walau bagaimanapun, UTM sebenarnya mencapai taraf universiti 3 tahun lebih awal iaitu pada 14 Mac 1972. UTM amat terkenal dalam bidang kejuruteraan baik didalam mahupun diluar negara
Jawatan Yang Ditawarkan
Pekerja Sambilan Harian Gred N19
- Kadar Upah : RM 54.00 (sehari). Dibayar mengikut jumlah hari bekerja
- Tempoh Perkhidmatan : Tiga (3) bulan.
- Sekiranya terdapat keperluan perkhidmatan, tempoh berkenaan boleh dilanjutkan oleh Ketua Jabatan.
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia berumur antara 18 tahun hingga 35 tahun pada tarikh tutup iklan;
- Calon hendaklah memiliki sekurang-kurangnya *Gred B dalam subjek Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Matematik pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia*.
- Boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan fasih.
- Mahir menggunakan Microsoft Word, Microsoft Excel & Microsoft Power Point
- Calon yang berjaya diterima masuk dan bersetuju menerima tawaran tidak mempunyai perancangan untuk berhenti dalam tempoh masa 3 bulan.
Waktu Bekerja
- Ahad – Rabu: 8:00 pagi hingga 5:00 petang
- Khamis: 8:00 pagi hingga 3:30 petang
Cara Memohon Jawatan
Sila kemukakan dokumen-dokumen seperti berikut :
a. Curriculum Vitae;
b. Borang permohonan yang telah lengkap berserta gambar berukuran pasport;
c. Salinan Kad Pengenalan;
d. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), salinan sijil tamat pengajian dan salinan sijil-sijil lain yang berkaitan.
Borang permohonan boleh dicetak di capaian berikut: https://drive.google.com/file/d/1RmX8KmgKoC5dNEkt98N2yweMlFV9P2VR/view
Semua permohonan hendaklah dihantar melalui melalui e-mel kepada norshalizas@utm.my