Belum capai umur 55 tahun: Ini cara memohon bantuan kewangan RM480 dari KWSP

Seperti mana yang diumumkan melalui Bajet 2022, pihak kerajaan telah menjenamakan semula skim i-Suri dengan pengenalan Kasih Suri Keluarga Malaysia, melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Objektif utama skim ini adalah bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara. Mereka yang layak boleh mencarum di bawah skim ini dan menikmati manfaat-manfaat yang disediakan kepada mereka.

Pihak kerajaan juga telah menyediakan RM80 juta dalam usaha meneruskan skim ini pada tahun 2022. Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan dengannya: –

Manfaat-manfaat Kasih Suri Keluarga Malaysia

  • Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM480/setahun;
  • Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan;
  • Menerima dividen tahunan KWSP;
  • Bantuan Kematian sebanyak RM2,500.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Belum mencapai usia 55 tahun;
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR);
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2020;
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP;

Mereka yang boleh mencarum di bawah skim ini adalah suri rumah sendiri atau suami kepada pasangan yang layak.

Kaedah Caruman

  • Perbankan Internet;
  • Kaunter Ejen Bank;
  • Ejen Bank Berdaftar;
  • Kaunter KWSP.

Cara Mendaftar

Kepada mereka yang berminat dan ingin mendaftar di bawah skim ini, ia boleh dibuat di kios atau kaunter cawangan KWSP berhampiran. Pastikan juga pemohon membawa Kad Pengenalan (MyKad) ketika membuat permohonan tersebut.

Untuk info lengkap dan penerangan lanjut berkenaan skim ini, ia boleh dilihat di portal rasmi KWSP – DI SINI atau hubungi talian: 03 – 89226000.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *