Tunai RM150 Akan Diberikan Secara Sekaligus (One-Off): Ini Maklumat Penuh Bantuan BAP

Setiap kali tibanya musim persekolahan, suasana di rumah dan di kedai-kedai mula berubah — ibu bapa sibuk membuat persiapan, sementara anak-anak teruja (atau mungkin sedikit gementar) untuk memulakan sesi persekolahan yang baharu. Keperluan persekolahan bukan sekadar tentang membeli buku dan pakaian seragam semata-mata, tetapi meliputi keseluruhan aspek yang membantu murid memulakan tahun akademik dengan penuh keyakinan dan keselesaan.

Bagi ibu bapa, tanggungjawab menyediakan segala keperluan sekolah bukan sesuatu yang ringan. Ia melibatkan perancangan kewangan, masa dan perhatian terhadap setiap perkara kecil yang diperlukan oleh anak-anak. Antara keperluan asas yang menjadi tumpuan termasuklah pakaian seragam, kasut, beg, alat tulis, buku latihan, dan peralatan tambahan seperti komputer riba atau tablet – terutamanya dalam era pembelajaran digital masa kini. Tidak kurang juga keperluan lain seperti yuran sekolah, pengangkutan, serta makanan berkhasiat yang menjadi sumber tenaga untuk anak-anak belajar dengan lebih fokus.

Selain keperluan fizikal, aspek mental dan emosi juga tidak boleh diabaikan. Anak-anak perlu disokong dari segi semangat dan motivasi agar mereka dapat menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran, terutama bagi murid yang baru melangkah ke tahun pertama atau berpindah ke sekolah baharu. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk sikap positif terhadap pendidikan, membantu anak-anak menguruskan jadual harian, serta memberi galakan berterusan untuk mencapai kejayaan.

Dalam masa yang sama, kerajaan serta pelbagai agensi turut memainkan peranan penting dengan menyediakan bantuan persekolahan seperti Baucar Buku, Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dan skim-skim khas bagi meringankan beban keluarga berpendapatan rendah. Inisiatif sebegini amat membantu terutama bagi golongan B40 yang mungkin berdepan cabaran kewangan setiap kali sesi baharu bermula.

Secara keseluruhannya, keperluan persekolahan bukan sekadar satu rutin tahunan, tetapi satu proses penting dalam membentuk masa depan anak-anak. Persediaan yang rapi bukan sahaja memudahkan perjalanan akademik mereka, malah mencerminkan kesungguhan ibu bapa dalam memastikan anak mendapat pendidikan terbaik. Dengan sokongan dan kerjasama antara ibu bapa, murid dan pihak sekolah, setiap permulaan tahun baharu boleh menjadi langkah yang penuh semangat dan harapan menuju kejayaan.

Untuk Bantuan Awal Persekolahan atau BAP, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pelaksanaannya pada tahun hadapan di bawah Belanjawan 2026. Ini adalah penjelasan lanjut tentang bantuan tunai berkenaan.

Bantuan BAP 2026

Di bawah Belanjawan 2026, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan Bantuan Awal Persekolahan atau BAP. Dengan peruntukan sebanyak RM800 juta, Bantuan BAP ini akan dimanfaatkan oleh sekitar 5.2 juta murid dengan kadar sebanyak RM150 secara ‘one-off’.

Penerima bantuan ini pula merangkumi semua murid sekolah dari Tahun 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah/pusat pendidikan yang layak:

  • Sekolah kerajaan (SK)
  • Sekolah bantuan kerajaan (SBK)
  • Sekolah agama
  • Sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM tidak termasuk sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat
  • Kolej PERMATA
  • Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
  • Sekolah Integriti
  • Sekolah Henry Gurney
  • Maktab Rendah Sains MARA dan
  • Maktab Tentera Diraja

Cara Pembayaran Bantuan BAP

Pembayaran BAP ini akan dijangka akan dibuat pada bulan Januari 2026. Seperti mana pelaksanaan BAP sebelumnya, cara pembayaran bantuan ini adalah seperti berikut:

  • Serahan tunai kepada ibu bapa (sekolah rendah) atau ibu bapa/murid (sekolah menengah); atau
  • Pengkreditan ke akaun bank murid; atau
  • Pengkreditan ke akaun bank ibu bapa (dilaksanakan mulai tahun 2025).

Dimaklumkan juga bahawa bantuan BAP diberikan kepada semua dan secara automatik. Oleh hal demikian, ia tidak melibatkan sebarang permohonan.

Info Tambahan

Selain itu, bermula tahun hadapan – pihak Kerajaan turut memperluaskan pelaksaan Bantuan Am Persekolahan iaitu ia akan diberikan kepada murid miskin sehingga tingkatan 5, berbanding sehingga tingkatan 3 sebelumnya.

Belanjawan 2026 turut menyaksikan peruntukan sebanyak RM150 juta untuk Biasiswa Kecil Persekutuan bagi anak-anak sekolah dan RM870 juta Rancangan Makanan Tambahan untuk membekalkan makanan berkhasiat kepada 870 ribu murid.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Mutu prasarana sekolah juga kekal menjadi keutamaan kerajaan. Oleh itu, hampir RM2 bilion disediakan bagi menaik taraf lebih
520 sekolah daif khususnya di Sabah Sarawak, selain membaik pulih dan menyelenggara semua jenis sekolah. Ini termasuk membaik pulih kemudahan murid dan bilik guru susulan kejayaan kita membaik pulih tandas, kantin, dan musolla dalam masa singkat.

38 buah sekolah baharu juga akan dibina untuk memenuhi keperluan penduduk setempat. Antaranya seperti SK Taman Perling 4, Johor Bahru, Johor; SK Bukit Siput, Segamat, Johor; SK Taman Setia Indah, Johor Bahru, Johor; SK Long Ghafar 2, Kota Bharu, Kelantan; SK Desa Damai Bentong, Pahang; SK Sri Apas Jaya, Tawau, Sabah; SK Sabandar, Tuaran, Sabah; SK Alam Mesra, Kota Kinabalu, Sabah; SK Sri Sadong, Serian, Sarawak dan SK Alam Suria, Kuala Selangor, Selangor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *