RM2,100 Mula Dikreditkan Ke MyKad Secara Berperingkat Bermula Januari 2025: Ini Maklumat Lengkap SARA 2025

Golongan B40 merujuk kepada 40% isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Istilah ini digunakan bagi mengenal pasti kumpulan masyarakat yang berpendapatan rendah dan memerlukan perhatian khusus dalam pelbagai aspek, termasuk ekonomi, pendidikan, dan kesihatan.

Pendapatan isi rumah bagi golongan B40 biasanya di bawah RM4,850 sebulan, berdasarkan kategori yang diperkenalkan dalam statistik pendapatan negara. Golongan ini sering menghadapi pelbagai cabaran, termasuk: Kos Sara Hidup yang Tinggi – Kenaikan harga barang asas, perumahan, dan perkhidmatan kesihatan membebankan golongan ini, yang kebanyakannya mempunyai pendapatan yang terhad.

Akses Terhad kepada Pendidikan – Walaupun pendidikan percuma disediakan di peringkat rendah dan menengah, kos tersembunyi seperti pembelian buku, alat tulis, dan yuran tambahan masih menjadi beban kepada keluarga B40.

Pekerjaan Tidak Stabil – Kebanyakan individu dalam golongan ini bekerja dalam sektor tidak formal atau pekerjaan bergaji rendah yang tidak menawarkan perlindungan seperti caruman KWSP dan SOCSO.

Oleh hal demikian, pelbagai jenis insiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi meringankan beban golongan ini. Antaranya adalah dengan memperkenalkan bantuan Sumbangan Asas Rahmah atau SARA.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Sumbangan Asas Rahmah atau SARA merupakan bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan khusus untuk membantu mereka yang memerlukan. Ia juga merupakan bantuan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Bagi tahun 2025 ini, pemberian SARA telah diperluaskan dan berikut adalah maklumat kelayakan menerima SARA 2025:

SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.

SARA Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan STR 2025

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.

Kadar Bantuan SARA RM450 – RM2,100

Kadar bantuan SARA ditetapkan dari RM450 sehingga RM1,200 mengikut kelayakan setiap kategori. Berikut adalah maklumat bayaran SARA bagi setiap kategori penerima:

Pembayaran SARA pula akan dibuat dengan cara dikreditkan terus ke MyKad penerima yang layak. Ia kemudiannya boleh digunakan oleh penerima untuk membuat pembelian barangan keperluan asas secara tanpa tunai di lebih daripada 1,200 rakan niaga di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Barangan keperluan yang boleh dibeli hendaklah daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

Pembelian oleh penerima adalah terhad kepada barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan sahaja. Pembelian selain barangan yang disenaraikan dan pembelian melebihi baki semasa SARA dalam MyKad perlu dibayar oleh penerima.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Berikut adalah maklumat jadual pembayaran SARA 2025:

Semakan Kelayakan SARA

Untuk makluman, penerima SARA yang layak akan menerima surat pemakluman. Mereka juga akan menerima Sistem Pesanan Ringkas / aplikasi WhatsApp daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.

Selain itu, semakan kelayakan SARA juga boleh dibuat di Portal Rasmi STR dengan cara berikut:

  • Klik log masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Semakan Status
  • Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

Bagi maklumat yang lebih teliti tentang Sumbangan Asas Rahmah (SARA), sila teliti di Portal Rasmi STR – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *